Semakan Permohonan MRSM 2020 Tingkatan 4

Semakan keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Tingkatan Empat (4) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ambilan 2020.

Berikut adalah maklumat mengenai semakan tawaran kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 sebagai panduan buat ibu bapa serta para pelajar lepasan PT3 2019 yang telah memohon untuk menyambung persekolahan ke Tingkatan 4 di MRSM.


Tarikh Keputusan Permohonan ke MRSM

Keputusan tawaran kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2020 akan diumumkan pada 21 Disember 2019.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).

Pada masa yang sama semakan juga boleh dibuat secara atas talian.


Cara Semak Tawaran MRSM Online

Semakan keputusan tawaran Tingkatan 4 MRSM boleh dilakukan secara online. Sila layari halaman Semakan Status Permohonan Tingkatan 4 di portal rasmi MARA, di pautan berikut:

https://mrsm.mara.gov.my/semakantawaranmrsmf4/

MRSM

Bagi pemohon yang berjaya, surat tawaran rasmi juga boleh dimuat turun dan dicetak dengan di pautan ini.

Pemohon yang berjaya hendaklah mengesahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran.


Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4

Bagi pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan, anda boleh mengemukakannya menerusi pautan yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 / 4533 / 4532 / 4531.