Tarikh-tarikh Penting Liga Malaysia 2021

Buat para peminat bolasepak tanah air, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan Kalendar Liga Malaysia 2021. Liga Malaysia akan bermula pada bulan Mac 2021, iaitu sedikit lewat daripada biasa ekoran kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.

Kalendar ini mengandungi tarikh-tarikh penting perjalanan liga-liga, kejohanan-kejohanan serta tempoh pendaftaran / jendela perpindahan pemain bagi MFL untuk tahun 2021.

Liga Super Malaysia 2021 dan Liga Premier Malaysia 2021 masing-masing akan melibatkan 12 pasukan dengan setiap pasukan akan bermain 22 perlawanan (11 perlawanan sebagai pasukan tuan rumah dan 11 perlawanan sebagai pasukan pelawat).

Kalendar Liga Malaysia 2021

No Acara Tempoh
1

TEMPOH PERPINDAHAN PEMAIN PERTAMA

21 November 2020 - 5 Mac 2021

2

PIALA SUMBANGSIH / SULTAN HAJI AHMAD SHAH

26 Februari 2021

5 Mac 2021

3 LIGA SUPER 2021

27 Feb - 20 Ogos 2021

6 Mac - 8 Ogos 2021

4 LIGA PREMIER 2021

28 Feb - 21 Ogos 2021

6 Mac - 1 Ogos 2021

5 PIALA FA 2021

2 & 3 Mac - 11 September 2021

6 TEMPOH PERPINDAHAN PEMAIN KEDUA 12 Julai - 8 Ogos 2021
7 CHALLENGE CUP 2021

3 & 4 September - 13/14 November 2021

8 PIALA MALAYSIA 2021

17 & 18 September - 27 November 2021

kalendar tarikh penting Liga Malaysia 2021

Sebarang perubahan dan pindaan terhadap jadual dan format pertandingan Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan Challenge Cup 2021 adalah tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Anda boleh muat turun jadual Liga Super 2021 di sini, dan jadual Liga Premier 2021 di sini.

Semoga info tarikh-tarikh penting Liga Malaysia 2021 ini bermanfaat puat para peminat sukan bolasepak tempatan.