Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Maklumat mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sepertimana diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Bantuan wang tunai BPR ini masih mensasarkan golongan isi rumah berpendapatan rendah B40 sepertimana BSH, tetapi ditambah baik dari segi kategori pendapatan dan kadar bantuan.

Pemberian BPR 2021 ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH 2020.

[Update] Tempoh pendaftaran baharu dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021.

Permohonan Baharu BPR 2021

Permohonan baharu dan pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 Januari 2021 sehingga 15 25 Februari 2021. Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar.

Memohon dan kemaskini BPR boleh dilakukan secara online ataupun dengan mengemukakan borang BPR 2021 (BK-01) ke cawangan LHDNM berhampiran.

Amaun Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Jadual di bawah menunjukkan jumlah bantuan BPR 2021 mengikut kategori pendapatan bulanan & bilangan anak bagi isi rumah, dan pendapatan bagi individu bujang.

BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)
KategoriJumlah Bantuan
(berdasarkan bilangan anak)
Sehingga seorang *Dua atau lebih
Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawahRM1200RM1800
Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,501 hingga RM4,000RM800RM1200
Isi rumah berpendapatan bulanan RM4,001 hingga RM5,000RM500RM750
Individu bujang berusia 21 tahun - 59 tahun / OKU berumur 18 tahun - 59 tahun dan berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawahRM350

* Bermaksud isi rumah yang tiada anak atau mempunyai satu anak.

Sumber: Teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Teks ucapan penuh boleh dimuat turun di sini.

Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Tarikh Pembayaran BPR 2021

Bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat mulai penghujung bulan Februari 2021. Sila layari Tarikh Dan Cara Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk perincian.

Anda boleh hubungi saluran-saluran berikut untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Prihatin Rakyat:

  • Nombor hotline BPR Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor hotline bebas tol BPR Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747
  • Emel: bpr@treasury.gov.my
  • Alamat: Sekretariat BPR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Semoga info mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ini berguna untuk para pembaca.