Memohon Gantian MyKad Secara Online Atau Melalui Telefon
Sekarang anda tidak perlu lagi datang sendiri ke pejabat pendaftaran untuk memohon gantian MyKad (kad pengenalan). Ini kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menyediakan dua perkhidmatan untuk permohonan gantian MyKad.
Perkhidmatan tukar kad pengenalan yang pertama ialah secara online menerusi laman web Sistem Gantian MyKad Atas Talian dan perkhidmatan yang kedua ialah MyPhone-In iaitu perkhidmatan melalui telefon.
Berikut adalah panduan dan perbandingan untuk kedua-dua perkhidmatan tersebut berdasarkan maklumat dari JPN: Butiran | Sistem Gantian MyKad Atas Talian | MyPhone-In |
Capaian | Laman web: https://mykadganti.jpn.gov.my/ | Nombor telefon: 03-88808066 |
Waktu operasi |
|
|
Perkhidmatan gantian yang ditawarkan |
|
|
Had | --- | Pusat kutipan hanya di JPN Putrjaya, JPN ZOOM atau Ibu Pejabat Negeri sahaja |
Bayaran | Menggunakan kad debit dan kad kredit sahaja | Bayar semasa kutipan MyKad |
Lain-lain | --- | Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad baru di kaunter |
Urusan gantian MyKad selepas berumur 18 tahun tidak boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui telefon. Begitu juga dengan urusan menukar butiran kad pengenalan seperti agama, alamat, gambar dan pindaan nama. Anda perlu hadir sendiri ke kaunter JPN berdekatan untuk kedua-dua urusan ini.
Semoga info mengenai permohonan gantian MyKad secara online dan melalui telefon ini bermanfaat buat para pembaca.
1 comments
Unknown
24 Februari, 2018 09:08