Semakan Status Permohonan Kad Pengenalan MyKad/MyPR/MyKAS

|  2 comments

Semakan status permohonan kad pengenalan / IC secara online dan SMS.

Anda boleh menyemak status permohonan kad pengenalan MyKad, MyPR atau MyKAS anda samada sudah siap atau belum dengan mudah secara online atau melalui SMS. (MyKad adalah kad pengenalan untuk warganegara, MyPR untuk pemastautin tetap dan MyKAS untuk pemastautin sementara).

[Baharu] Kini anda boleh membuat Permohonan MyKad 12 Tahun Secara Online

Cara Semak Status Permohonan MyKad, MyPR atau MyKAS Secara Online

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ada menyediakan laman web khas untuk semakan status MyKid dan MyKad/MyPR/MyKAS secara online.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyemak status permohonan kad pengenalan MyKad, MyPR atau MyKAS anda:

  1. Layari laman web Sistem Semakan Permohonan MyKad/MyPR/MyKAS JPN di pautan berikut:

    https://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/

    Semakan Permohonan MyKad MyPR MyKAS

  2. Masukkan nombor kad pengenalan di ruang yang disediakan. Nombor kad pengenalan boleh didapati pada resit rasmi permohonan.
  3. Masukkan captcha dan klik butang “Semak”.
  4. Laman web akan memaklumkan samada kad pengenalan anda sudah siap dan sedia untuk pungutan.

Semak Status Permohonan MyKad Melalui SMS

Berikut adalah cara menyemak status kad pengenalan melalui perkhidmatan mySMS:

  1. Taipkan:

    JPN<jarak>MYKAD<jarak>[No Kad Pengenalan]

    pada telefon mudah alih.

    Contoh: JPN  MYKAD  841220122332

  2. Hantarkan SMS ke 15888.

Caj perkhidmatan RM0.15 akan dikenakan untuk penghantaran dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Anda dinasihatkan untuk menelefon pejabat pendaftaran terlebih dahulu untuk memaklumkan tarikh pungutan kad pengenalan yang telah siap sebelum hadir ke pejabat pendaftaran untuk memungut kad anda. Pastikan anda melakukan semakan butiran kad pengenalan setelah ia diterima.

Semoga maklumat semakan status kad pengenalan Mykad ini berguna untuk semua.

Baca juga:

2 comments

Tanpa Nama

Tanpa Nama

29 Jun, 2018 12:22
Periksa no ic untuk tahu no ic tersebut palsu atau tidak
Fuad

Fuad

23 Mac, 2019 08:18
ini sangat membantu.dlm membuat semakan.
Ulasan ditutup