Semakan Dan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020

Semakan status permohonan dan maklumat pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH. Kepada pemohon yang tertanya-tanya samada permohonan BSH 2020 anda berjaya/lulus atau tidak: Pemohon sebenarnya boleh membuat semakan untuk mengetahui status atau keputusan permohonan BSH.

Disertakan juga maklumat permohonan rayuan BSH bagi mereka yang gagal.

Cara Membuat Semakan BSH

Terdapat beberapa kaedah untuk mengetahui status permohonan dan pembayaran BSH anda:

  • Semakan status BSH secara online

    Ini merupakan cara yang paling senang. Semakan kelulusan BSH boleh dibuat di laman rasmi BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

    semakan status bantuan sara hidup rakyat 2020

    Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran BSH 2020 di pautan:

    https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx

    Masukkan nombor MyKad, tekan Enter, kemudian isi captcha dan akhir sekali tekan butang "Semak". Status permohonan BSH dan maklumat pembayaran (jika ada) akan dipapar.

  • Makluman keputusan permohonan BSH secara pos

    Notis atau surat makluman lulus atau gagal permohonan BSH akan diposkan kepada pemohon.

  • Semakan status BSH melalui telefon

    Pemohon juga boleh menyemak status BSH dengan menelefon nombor hotline BSH Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

  • Semakan menggunakan aplikasi mobile BSH

    Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat boleh dimuat turun di Google Play Store (untuk platform Android) dan App Store (untuk platform iOS) pada telefon bimbit.
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Bagi yang telah lulus dan ingin mengetahui bila anda akan dapat duit BSH, sila rujuk Tarikh Pembayaran/Agihan BSH. Duit BSH lazimnya dibank-in terus ke dalam akaun atau diagih dalam bentuk tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank.

Makna Status Permohonan BSH

Berikut adalah maksud status-status permohonan BSH:

  • Status “PERMOHONAN DITERIMA” bermaksud permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat anda telah dikemas kini, tetapi belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan.
  • Status “BELUM KEMAS KINI” bermaksud Permohonan BSH sebelum ini yang telah di bawa ke BSH 2020. Sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan berkenaan akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.
  • Status “TIDAK LAYAK”. Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.
  • Status “Tiada Rekod” bermaksud anda tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini. Oleh itu, anda boleh membuat Permohonan Baharu.

Makna Status Maklumat Pembayaran BSH

Berikut adalah maksud status-status dalam jadual Maklumat Pembayaran BSH:

  • Status “DALAM PROSES PENGKREDITAN” bermaksud pembayaran dalam proses transfer ke akaun penerima.
  • Status Kredit memaparkan “GAGAL KREDIT” bermaksud pembayaran tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun. Surat Makluman Gagal Kredit akan diposkan kepada penerima bagi penunaian di Kaunter BSN. Jika penerima tidak menerima Surat Makluman berkenaan, penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad setelah nombor baucar dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.
  • Status “PEMBAYARAN SECARA TUNAI” pembayaran adalah secara tunai di Kaunter BSN. Anda hendaklah hadir sendiri ke BSN untuk menunaikan baucar.

Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH)

Berikut adalah maklumat terkini Rayuan BSH 2020:

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan yang berkaitan untuk diverifikasi semula oleh LHDNM.

Tarikh permohonan rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020.

  • Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara online di portal rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau pemohon boleh hadir sendiri di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
  • Sila layari Portal BSH bagi prosedur rayuan dan pegemukaan dokumen sokongan yang diperlukan.

Semoga info ini berguna untuk semua pembaca khususnya para penerima BSH sedia ada serta bakal penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020.