Graf Statistik Terkini Kes COVID-19 di Malaysia

Status terkini statistik penularan COVID-19 di Malaysia - jumlah bilangan kes keseluruhan, bilangan kes baharu, kes yang masih dirawat, kes sembuh, kes ICU, pecahan jumlah kes mengikut negeri, serta kematian akibat COVID-19 di Malaysia.

COVID-19 adalah nama kepada penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.

Berikutan wabak COVID-19 yang telah diklasifikasikan sebagai pandemik dan semakin menular di Malaysia, kami mengambil inisiatif untuk mewujudkan COVID-19 tracker untuk memaparkan statistik terkini kes jangkitan Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) di Malaysia dalam bentuk graf. Graf-graf ini akan memudahkan anda memantau kadar penularan serta taburan wabak ini di Malaysia.

[Baharu] Berikutan wabak COVID-19, kerajaan membenarkan ahli KWSP bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 sebanyak maksimum RM500 sebulan, selama 12 bulan. Sila rujuk Permohonan Dan Semakan Pengeluaran i-Lestari Online.

Carta-carta ini dihasilkan dari data statistik terkini COVID-19 dari FB page CPRC Kebangsaan, Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia serta dari laporan-laporan media arus perdana. Carta-carta ini akan dikemaskini setiap hari.

Sila share jika bermanfaat.

Jumlah Kes Keseluruhan Dan Kes Baharu COVID-19 Malaysia

Live chart di bawah menunjukkan jumlah kumulatif kes yang disahkan positif COVID-19, jumlah kumulatif pesakit COVID19 yang masih dirawat, juga jumlah pesakit yang telah sembuh/pulih sepenuhnya dan telah discaj dari hospital setakat ini dan bilangan kes baru (harian).

Untuk pengguna telefon bimbit, pusing telefon anda ke horizontal mode untuk paparan graf yang lebih besar.

Jumlah Kes ICU Dan Kematian Akibat COVID-19

Carta di bawah menunjukkan bilangan pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), jumlah kematian dan bilangan kematian harian disebabkan jangkitan COVID19 di Malaysia setakat ini.

Pecahan Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri

Carta di bawah menunjukkan pecahan bilangan kes positif COVID-19 mengikut negeri di seluruh Malaysia sehingga kini.

Untuk mengekang penularan wabak COVID-19, KKM menggesa agar:

  • Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.
  • Menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
  • Tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.
  • Tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
  • Amalkan penjagaan kebersihan diri yang baik seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitizer untuk menghapuskan coronavirus.
  • Amalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta.
  • Sekiranya anda mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas, segera dapatkan bantuan perubatan dengan menghubungi talian CPRC Kebangsaan atau CPRC negeri.

status terkini COVID Malaysia

Untuk info mutakhir berkaitan wabak COVID-19, sila Fb page Kementerian Kesihatan Malaysia di sini, FB page CPRC Kebangsaan - Kementerian Kesihatan Malaysia dan blog Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Cara Hubungi CPRC

Orang ramai yang memerlukan penerangan atau maklumat lanjut berhubung Covid-19 boleh menghubungi Infoline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis / Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan melalui telefon di talian 03-88810200 / 03-88810600 / 03-88810700 (8am - 5pm setiap hari) atau emel kepada cprc@moh.gov.my.

Orang ramai boleh juga menghubungi pejabat CPRC negeri. Senarai nombor telefon, alamat emel dan waktu pejabat CPRC negeri-negeri di seluruh negara tertera di jadual berikut:

direktori telefon dan emel CPRC negeri untuk laporkan penyakit coronavirus Covid-19

Penafian: Coronavirus (COVID-19) tracker yang memaparkan carta bilangan kes dan bilangan kematian disebabkan penyakit coronavirus COVID-19 di Malaysia serta maklumat lain mengenai COVID-19 di dalam post ini hanyalah untuk rujukan sahaja. Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan yang dialami disebabkan paparan atau penggunaan mana-mana maklumat dari blog ini.