Cara Membasuh Tangan Dengan Betul

7 langkah cuci tangan KKM terbaru. Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Tangan anda boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman seperti bakteria dan virus yang membawa penyakit-penyakit berbahaya.

Untuk memastikan tangan anda sentiasa bersih dari kuman dan kotoran, amalkan membasuh tangan dengan betul menggunakan air dan sabun:

  • Sebelum dan selepas menyediakan / mengendalikan makanan
  • Sebelum dan selepas makan
  • Selepas ke tandas
  • Selepas menyentuh daging mentah dan atau permukaan tercemar
  • Selepas menghembus hingus
  • Bila-bila masa tangan anda kotor

Cara basuh tangan dengan betul KKM 2020 untuk mencegah jangkitan coronavirus seperti MERS, SARS dan Wuhan novel coronavirus

7 Langkah Mencuci Tangan Yang Betul

Sebelum membasuh tangan, tanggalkan jam tangan, gelang dan cincin yang anda pakai.

Berikut adalah panduan mencuci tangan dengan betul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti:

  1. Langkah pertama

    Basahkan kedua-dua tangan dan ratakan sabun secukupnya.

    Cara basuh tangan dengan betul untuk elakkan keracunan makanan

  2. Langkah kedua

    Gosok kedua-dua belah tapak tangan.

    Cara basuh tangan Langkah 2

  3. Langkah ketiga

    Gosok setiap jari dan celah-celah jari. Ulangi untuk tangan satu lagi.

    Cara cuci tangan Langkah 3

  4. Langkah keempat

    Gosok hujung jari/kuku pada tapak tangan untuk membersihkan celah kuku. Ulangi untuk tangan satu lagi.

    Cara basuh tangan Langkah 4

  5. Langkah kelima

    Gosok belakang tangan dan celah jari. Ulangi untuk tangan satu lagi.

    Cara bersihkan tangan Langkah 5

  6. Langkah keenam

    Bilas tangan dengan aliran air bersih secukupnya.

    Cara basuh tangan Langkah 6

  7. Langkah ketujuh

    Keringkan tangan dengan tuala atau tisu yang kering dan bersih.

    Cara basuh tangan Langkah 7

Para pembaca disarankan untuk mengamalkan membasuh tangan dengan cara yang betul seperti dikongsi di atas. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit.

Poster "7 Langkah Mencuci Tangan Yang Betul" oleh KKM dalam bentuk pdf boleh dimuat turun di sini (28.8MB)

Baca juga: