Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk IPT 2020

Tarikh dan lokasi Program Jom Masuk IPT 2020. Program Jom Masuk IPT atau dikenali juga sebagai Karnival Pendidikan Tinggi Negara datang lagi untuk kali ke-16 pada tahun 2020.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia ini membekalkan maklumat terkini dan tepat mengenai program-program yang ditawarkan di IPT Malaysia.

Inilah medan terbaik untuk untuk semua lapisan masyarakat mendapatkan pelbagai informasi tentang peluang melanjutkan pengajian di Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dalam negara melalui sesi konsultasi bersama BKPP JPT serta pempamer yang mengambil bahagian.

Para pelajar lepasan SPM digalakkan hadir untuk mendapatkan maklumat berkenaan program pengajian, peluang penajaan serta khidmat nasihat sebelum mengemukakan permohonan ke UA, IPG, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti atau ILKA

Berikut adalah kalendar atau jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2020 yang menyatakan tarikh serta lokasi program ini diadakan.


Perincian Program Jom Masuk IPT 2020

Jom Masuk IPT 2020 melibatkan 8 lokasi atau zon di seluruh Malaysia dan akan berlangsung dari 15 Februari hingga 29 Mac 2020.

Program Jom Masuk IPT 2020

Kalendar Jom Masuk IPT 2020

ZON / NEGERI TARIKH (2020) LOKASI / VENUE
Zon 1 / JOHOR 15 - 16 Feb Persada Johor International Convention Centre
Zon 2 / PAHANG 22 - 23 Feb

Kompleks Sukan Universiti

Kampus UMP Pahang

Zon 3 / KEDAH 29 Feb – 1 Mac

Taman Tasik Darulaman

Jitra

Zon 4 / SABAH 07 – 08 Mac Sabah International Convention Centre
Zon 5 / PERAK 14 - 15 Mac Aman Jaya Convention Centre Casuarina @ Meru
Zon 6 / TERENGGANU 14 - 15 Mac Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu
Zon 7 / SARAWAK 21 - 22 Mac

Borneo Convention Centre

Kuching

Zon 8 / SELANGOR 28 - 29 Mac

MAEPS

Serdang


Waktu Program Jom Masuk IPT 2020

Berikut adalah waktu mula dan tamat Jom Masuk IPT. Masuk adalah percuma.

  • 9:00 pagi - 5:00 petang

Untuk pertanyaan maklumat yang lebih lanjut dan khidmat nasihat, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) yang dahulunya dikenali dengan nama UPU di nombor telefon hotline 03-8870 8200/6767 atau layari layari Facebook page rasmi Kemasukan BPKP JPT - FB rasmi UPU.