Semakan Pendaftaran MUET Online Dan SMS

Semakan status pendaftaran / slip daftar calon peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) boleh dibuat secara online dan melalui SMS.

Slip daftar MUET hendaklah dicetak dan ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran menduduki peperiksaan MUET.

Semak Pendaftaran MUET Secara Online

Semakan Slip Daftar MUET (MUET/D) Individu boleh dibuat secara online di portal Majlis Peperiksaan Malaysia menerusi halaman MUET REGISTRATION SLIP di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/

Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang "Submit" untuk menyemak.

Semak Pendaftaran MUET Melalui SMS

Berikut adalah cara menyemak pendaftaran calon MUET menggunakan khidmat mySMS:

  1. Taipkan:

    MUET<jarak>INFO<jarak>[No. Kad Pengenalan]

    Contoh: MUET  INFO  930325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck untuk semua bakal calon MUET.