Tarikh Dan Cara Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Fasa 3

Tarikh pembayaran, jumlah serta kaedah agihan BPR 2021 Fasa 3. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan bantuan kerajaan persekutuan dalam bentuk wang tunai yang menyasarkan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40. Ia menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan jangkaan tarikh bila dapat duit BPR 2021.

[Baharu] Tarikh Dan Cara Pembayaran BKM 2022

Semakan Status BPR Fasa 3

Semakan status kelulusan permohonan/rayuan BPR dan status pembayaran boleh dibuat di laman Bantuan Prihatin Rakyat di pautan https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.

Log masuk menggunakan No Mykad / ID Pengguna anda untuk membuat semakan.

Tarikh Pembayaran BPR 2021

Pembayaran BPR 2021 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas), individu bujang dan OKU akan diagihkan secara ansuran.

Jadual di bawah memperincikan fasa pembayaran, menunjukkan tarikh dan amaun pembayaran BPR mengikut kategori penerima.

Jadual Pembayaran Dan Amaun Bantuan BPR 2021

Pembayaran Fasa 1 adalah berdasarkan Pangkalan Data BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan. Manakala pembayaran baki BPR 2021 pada Fasa 2 dan Fasa 3 adalah berdasarkan pangkalan data BPR 2021.

Berikut adalah jadual pembayaran BPR terkini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

⦿ Jadual Bayaran BPR 2021 Bagi Penerima Fasa Pertama

jadual bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

⦿ Jadual Bayaran BPR 2021 Bagi Permohonan Baharu / Bukan Penerima Fasa Pertama

Bagi permohonan baharu, amaun bayaran Fasa 2 adalah sama seperti penerima Fasa 1. Bantuan Fasa 1 akan dibayar sekali gus dengan bayaran Fasa 3. Sila rujuk jadual di bawah:

jadual bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 permohonan baharu

⦿ Jadual Bayaran BPR 2021 Bagi Penerima Yang Berubah Status Perkahwinan

jadual bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 ubah status kahwin

Kaedah Pembayaran BPR 2021

Kaedah pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:

  • Bagi penerima yang yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 sebelum ini

    - Pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank dari 24 - 26 Februari 2021.

  • Bagi penerima yang menerima bayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 secara tunai di BSN dan penerima yang berstatus "Gagal Kredit"

    - Pembayaran secara tunai di kaunter BSN mulai 25 Februari 2021.

  • Bagi penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank

    - Pembayaran di lokasi-lokasi yang akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran BPN 2.0 dari 1 Mac - 1 April 2021.

Kaedah pembayaran Fasa Kedua adalah seperti berikut:

  • Bagi penerima yang mempunyai akaun bank

    - Pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank dari 7 - 12 Mei 2021.

  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak)

    - Pembayaran dibuat secara tunai di kaunter BSN mulai 17 Mei 2021.

  • Bagi penerima di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank

    - Pembayaran secara tunai melalui BSN akan dibuat bersekali dengan pembayaran Fasa 3, pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Kaedah pembayaran Fasa Ketiga adalah seperti berikut:

  • Bagi penerima sedia ada dan Rayuan BPR yang mempunyai akaun bank

    - Pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank dari 28 - 30 September 2021.

  • Bagi penerima sedia ada dan Rayuan BPR yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak)

    - Pembayaran dibuat secara tunai di kaunter BSN mulai 28 September 2021.

Rayuan BPR

Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021. Rayuan hendaklah disertakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Untuk maklumat terperinci mengenai pembayaran BPR 2021, sila layari soalan lazim pembayaran BPR 2021 di sini.

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BPR dengan menghubungi:

  • Nombor hotline BPR Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor hotline bebas tol BPR Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747
  • Emel: bpr@treasury.gov.my
  • Alamat: Sekretariat BPR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Semoga info ini berguna untuk semua bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).