Tarikh Dan Cara Pembayaran BKM 2022 Fasa 4

Tarikh pembayaran, jumlah serta kaedah agihan Fasa 4 BKM 2022. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan kerajaan persekutuan dalam bentuk wang tunai lansung yang memanfaatkan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah B40. Ia menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan tarikh bila dapat duit BKM 2022. Juga maklumat mengenai saluran semakan kelulusan BKM dan rayuan sekiranya permohonan gagal.

Tarikh Pembayaran BKM 2022

Pembayaran BKM 2022 kepada penerima akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun. Jadual di bawah memperincikan fasa pembayaran BKM 2022, menunjukkan tarikh pembayaran BKM mengikut kategori penerima.

Jadual Pembayaran Bantuan BKM 2022

Jadual pembayaran Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 di bawah adalah berdasarkan maklumat terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Jadual akan dikemaskini sebaik maklumat baharu diperolehi.

Fasa Jenis Penerima Tarikh Pembayaran Cara Pembayaran
Fasa 1 Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang 28 Mac 2022
hingga
8 April 2022
Dikreditkan terus ke akaun bank
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) 30 Mac 2022 Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
Fasa 2 Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang 27 Jun 2022
hingga
5 Julai 2022
Dikreditkan terus ke akaun bank
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) 27 Jun 2022 Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
Fasa 3 Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang 20 Sep 2022
hingga
27 Sep 2022
Dikreditkan terus ke akaun bank
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) 20 Sep 2022 Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
Fasa 4 Isi Rumah dan Warga Emas 15 Nov 2022
hingga
18 Nov 2022
Dikreditkan terus ke akaun bank
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak) 15 Nov 2022 Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

jadual bayaran bantuan keluarga Malaysia BKM 2022

Cara Pembayaran BKM 2022

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia adalah seperti kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 / Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sebelum ini:

  • Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.
  • Manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar tunai, yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan Status Pembayaran BKM

Semakan status pembayaran boleh Fasa 4 dibuat mulai 15 November 2022 melalui portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia di pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BKM dengan menghubungi:

  • Nombor hotline BKM Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 atau 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) 1-800-88-2747
  • Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
  • Emel: bkm@treasury.gov.my

Semoga info ini berguna untuk semua bakal penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).