Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2022
Ranking IPTS dan IPTA/UA terbaik di Malaysia 2022. Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2022 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2022.
Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti-universiti seluruh dunia berdasarkan enam metrik utama iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah fakulti/pelajar, jumlah petikan (citation)/fakulti, nisbah fakulti antarabangsa dan nisbah pelajar antarabangsa.
Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2022
Jadual di bawah menyenaraikan top 20 universiti awam (UA) dan universiti swasta terbaik Malaysia berdasarkan kedudukan atau ranking terbaharu dunia oleh QS Quacquarelli Symonds. Disertakan juga ranking Asia 2022 bagi universiti-universiti yag tersenarai.
Universiti Malaya masih kekal berada di tangga teratas / nombor satu di Malaysia, walaupun turun daripada kedudukan 59 dunia pada tahun 2021 kepada kedudukan ke 65 untuk ranking tahun 2022. Kedudukan universiti awam seperti UPM, UKM, USM dan UTM juga turut menurun pada ranking dunia tahun 2022.
Rank Malaysia (2022) | Rank Dunia (2022) | Rank Asia (2022) | Nama Universiti |
---|---|---|---|
1 | 65 | 8 | Universiti Malaya (UM) |
2 | 143 | 27 | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
3 | 144 | 33 | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
4 | 147 | 35 | Universiti Sains Malaysia (USM) |
5 | 191 | 33 | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) |
6 | 332 | 53 | Taylor's University |
7 | 347 | 77 | UCSI University |
8 | 414 | 72 | Universiti Teknologi Petronas (UTP) |
9 | 511-520 | 98 | Universiti Utara Malaysia (UUM) |
10 | 601-650 | 147 | Management and Science University (MSU) |
11 | 651-700 | 123 | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
12 | 651-700 | 105 | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
13 | 651-700 | 121 | Sunway University |
14 | 751-800 | 144 | Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) |
15 | 801-1000 | 301-350 | University Kuala Lumpur (UniKL) |
16 | 801-1000 | 129 | Universiti Malaysia Pahang (UMP) |
17 | 801-1000 | 251-260 | Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) |
18 | 801-1000 | 167 | Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) |
19 | 1001-1200 | 189 | Multimedia University (MMU) |
20 | 1001-1200 | 227 | University Malaysia Sabah (UMS) |
Sumber: topuniversities.com
Semoga ranking universiti Malaysia 2022 di atas berguna sebagai salah satu panduan dalam menilai universiti terbaik bagi bidang pilihan anda. Dan jangan lupa untuk memastikan kursus yang anda pilih diiktiraf oleh JPA/MQA.