Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2024

Ranking IPTS dan IPTA/UA terbaik di Malaysia 2024. Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2024 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2024.

Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti-universiti seluruh dunia berdasarkan enam metrik utama iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah fakulti/pelajar, jumlah petikan (citation)/fakulti, nisbah fakulti antarabangsa dan nisbah pelajar antarabangsa.

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2024

Jadual di bawah menyenaraikan top 20 universiti awam (UA) dan universiti swasta terbaik Malaysia berdasarkan kedudukan atau ranking terbaharu dunia oleh QS Quacquarelli Symonds. Disertakan juga ranking Asia 2023 (akan dikemaskini kepada ranking Asia 2024 bila ia keluar nanti) bagi universiti-universiti yang tersenarai.

ranking terbaru top universiti terbaik Malaysia 2024

Universiti Malaya masih kekal berada di tangga teratas / nombor satu di Malaysia, serta kembali naik ke kedudukan 65 dunia daripada kedudukan ke 70 untuk ranking tahun 2023.

Rank Malaysia (2024) Rank Dunia (2024) Rank Asia (2023) Nama Universiti
1 65 9 Universiti Malaya (UM)
2 137 32 Universiti Sains Malaysia (USM)
3 158 27 Universiti Putra Malaysia (UPM)
4 159 30 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5 188 39 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6 284 49 Taylor's University
7 300 72 UCSI University
8 307 68 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
9 538 108 Universiti Utara Malaysia (UUM)
10 555 104 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
11 556 301-350 INTI International University
12 586 122 Sunway University
13 621-630 240 Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU)
14 621-630 177 Management and Science University (MSU)
15 711-720 136 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
16 761-770 144 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
17 781-790 132 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18 801-850 174 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
19 951-1000 182 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
20 1001-1200 207 Multimedia University (MMU)

Sumber: topuniversities.com

Semoga ranking universiti Malaysia 2024 di atas berguna sebagai salah satu panduan dalam menilai universiti terbaik bagi bidang pilihan anda. Dan jangan lupa untuk memastikan kursus yang anda pilih diiktiraf oleh JPA/MQA.