Borang SPA9: Panduan Pendaftaran, Permohonan Dan Semakan Online

Panduan pendaftaran, permohonan dan semakan SPA9 (dulunya SPA8i) online 2023 bagi mereka yang ingin mencari kerja kosong di sektor awam. Berikut adalah cara mendaftar, memohon serta menyemak permohonan pekerjaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) secara online melalui SPA9.

Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) adalah sistem permohonan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam (kerja kerajaan) yang baharu, menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Am yang lama (SPA8i).

Mendaftar Dengan SPA9

Sebelum layak memohon jawatan SPA9, anda hendaklah mendaftar MyID terlebih dahulu dengan mengisi Borang Daftar Akaun Baru SPA9 di sini.

Berikut adalah cara mendaftar MyID secara ringkas:

  1. Isikan nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat emel, kata laluan, soalan keselamatan dan lain-lain maklumat yang diminta.
  2. Klik pada kotak Persetujuan dan masukkan Kod Keselamatan
  3. Akhir sekali tekan butang "Hantar".

Mengisi Borang / Memohon Jawatan SPA9

Berikut adalah cara mengisi borang SPA9 secara online untuk memohon kerja kerajaan:

  1. Sila layari laman Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan berikut:

    https://spa9.spa.gov.my/login

    pendaftaran SPA9

    Antaramuka login SPA9 terkini (2020)

  2. Masukkn MyID (nombor kad pengenalan) dan Kata Laluan, kemudian tekan butang LOG MASUK.
  3. Sebelum mengisi borang, pemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan (Syarat Lantikan / Gaji / Deskripsi Tugas) di sini untuk memastikan pemohon memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan yang dimiliki.
  4. Isi borang SPA9 dan hantar. Sila rujuk manual mengisi borang SPA9 di sini sebagai panduan.

Semakan Berkaitan Permohonan SPA

Sebarang semakan berkaitan permohonan SPA anda boleh dibuat secara atas talian di halaman "Semakan Penjadualan & Keputusan" di pautan:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan

Halaman ini menyediakan pautan ke aplikasi-aplikasi semakan online. Di antara maklumat yang boleh disemak secara online ialah:

  • Semakan Penjadualan
    • Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan
    • Assessment Centre
    • Temuduga/Pemeriksaan Fizikal
    • Temuduga
  • Semakan Keputusan
    • Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan
    • Assessment Centre
    • Temuduga
  • Semakan Maklumat Urusan Pengambilan (Statistik)
  • Semakan Status Urusan Perkhidmatan
  • Sistem Tawaran Pelantikan MySTP CALON

    Sistem MySTP CALON membolehkan calon yang telah menerima surat pelantikan daripada SPA, menerima (Setuju) atau menolak (Tidak Setuju) pelantikan mereka secara online.

Pemohon boleh mengemaskini borang SPA9 dan menyemak status permohonan pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam spa.gov.my.

Sila klik sini untuk panduan lengkap serta rahsia lulus temuduga kerja kerajaan dengan mudah.