Jadual Perjalanan Dan Harga Tiket KTM SkyPark Link

Jadual perjalanan dan tambang KTM Komuter SkyPark Link 2020 (SkyPark Link timetable and ticket prices). SkyPark Link adalah laluan perkhidmatan keretapi komuter KTM yang menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Subang. Laluan ini merangkumi tiga stesen iaitu KL Sentral, Subang Jaya dan Terminal SkyPark di Lapangan Terbang Subang.

KL Sentral merupakan hab pengangkutan darat Lembah Klang, manakala Lapangan Terbang Subang (juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) adalah hab kepada penerbangan swasta dan penerbangan komersial turbo-prop domestik seperti Firefly dan Malindo Air.

Perkhidmatan tren KTM komuter laluan KL Sentral - Subang Jaya - Terminal SkyPark ini adalah salah satu alternatif pengangkutan darat ke/dari Lapangan Terbang Subang selain teksi, bas dan perkhidmatan e-hailing seperti Grab. Ia lebih mudah, murah dan menjimatkan masa bagi pelancong dan mereka yang tinggal atau bekerja berhampiran Lapangan Terbang Subang.


Jadual Dan Harga Tiket SkyPark Link

Laluan SkyPark Link menyediakan 16 perjalanan sehari bagi setiap arah. Tren pertama berlepas pada pukul 6:05 pagi dari KL Sentral dan 6:57 pagi dari Terminal SkyPark. Manakala tren terakhir bertolak pada jam 10:00 malam dari KL Sentral dan 10:20 malam dari Terminal SkyPark.

Kekerapan perjalanan adalah setiap 60 minit dan setiap perjalanan Terminal SkyPark - KL Sental mengambil masa 30 minit.

Tambang dewasa untuk KL Sentral - Terminal SkyPark ialah RM11.00. Harga tiket untuk kanak-kanak (2-12 tahun), warga emas (60 tahun ke atas), OKU, murid sekolah menengah dan pelajar IPT ialah RM5.50.

Berikut adalah jadual perjalanan dan harga tiket SkyPark Link yang terkini. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas.

harga tiket dan jadual perjalanan SkyPark Link timetable

Catatan:

Kanak-kanak di bawah dua tahun naik percuma ● Pelajar sekolah menengah dan pelajar IPT dikehendaki mendaftar di www.ktmbcom.my ● Pas Bulanan hanya boleh didapati untuk tambang DEWASA.

Untuk maklumat mutakhir harga tiket dan jadual perjalanan SkyPark Link, sila layari laman Skypark Link KTM di sini.

Semoga perkongsian maklumat tentang jadual perjalanan dan harga tiket SkyPark Link ini bermanfaat buat para pembaca.