Semakan Status Halal JAKIM Secara Online Dan SMS
Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap individu Muslim.
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman (al-Maidah: 88).
Sekarang ini sudah tiada alasan untuk anda tersilap menggunakan produk yang tidak halal di Malaysia. Ini kerana anda boleh mengenal pasti barangan halal berpandukan logo halal, dan menyemak untuk mengesahkan samada sesuatu produk itu telah mendapat sijil halal JAKIM, secara online atau melalui khidmat SMS.
Satu-satunya logo halal Malaysia yang diiktiraf
Semakan Status HALAL Secara Online
Semakan boleh dibuat dengan melayari Direktori Halal Malaysia di Portal Rasmi Halal Malaysia. Laman ini menyenaraikan syarikat dan produk yang mempunyai sijil halal JAKIM.
Senarai boleh dibahagikan mengikut negeri dan juga kategori-kategori berikut - Syarikat, Hotel & Resort, Premis Makanan, Menu Makanan, Produk, Kosmetik, Farmaseutikal, Barang Gunaan, Rumah Sembelihan, Logistik dan International.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan status halal ke atas produk atau syarikat dalam negara:
- Layari Direktori Halal Malaysia di pautan:
- Masukkan katakunci ke dalam kotak maklumat carian “Semak Status Halal” dan tekan butang search.
- Secara defaultnya, laman ini akan memaparkan hasil carian bagi kategori Syarikat untuk seluruh Malaysia. Hasil carian akan menyenaraikan Nama & Alamat Syarikat, Tarikh Luput Sijil Halal, dan pautan kepada maklumat terperinci pensijilan.
- Anda boleh mengecilkan skop carian kepada sesebuah negeri atau kategori. Sila klik pada menu dropdown Negeri dan Kategori.
Untuk produk yang diimport dari luar negara yang tidak tersenarai, sila pastikan logo halal yang digunakan adalah logo Halal yang diiktiraf JAKIM.
Semakan Status HALAL Secara SMS
Jika ragu-ragu tentang kehalalan restoran atau produk sesebuah syarikat, anda boleh menyemak samada syarikat tersebut memiliki sijil halal melalui khidmat mySMS.
Berikut adalah cara-cara membuat semakan halal JAKIM melalui SMS:
-
Taipkan:
HALAL<jarak>SEMAK<jarak>[ No Pendaftaran Syarikat ]
Contoh:
HALAL SEMAK 12345X
-
Hantarkan SMS ke 15888
Semoga maklumat semakan halal ini berguna untuk semua pembaca Muslim. Sila share.
Catat Komen
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel