Senarai Logo Halal Yang Diiktiraf JAKIM

|  11 comments

Logo halal Malaysia dan luar negara yang diiktiraf JAKIM. Salah satu cara mudah untuk mengenalpasti produk dan premis (restoran, kilang dsb.) yang disahkan halal di Malaysia ialah dengan memastikan samada terdapat logo halal pada premis / bungkusan produk tersebut.

Terlalu banyak logo halal, termasuk yang diragui dan palsu di luar sana, tapi yang mana satu boleh dipercayai, diyakini dan tidak meragukan?

Untuk itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan senarai logo halal yang diiktiraf. Untuk produk atau premis tempatan, logo halal yang di iktiraf ialah yang dikeluarkan oleh JAKIM sendiri. Manakala untuk produk yang diimport logo tersebut hendaklah dari badan yang diiktiraf oleh JAKIM.


Logo Halal Malaysia Yang Diiktiraf

Untuk produk atau premis tempatan, berikut adalah satu-satunya logo halal yang sah diiktiraf oleh pihak berkuasa iaitu JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) atau MAIN (Majlis Agama Islam Negeri).

logo halal JAKIM yang diiktiraf Malaysia

Ciri-ciri logo halal JAKIM / JAIN / MAIN adalah seperti berikut (sila rujuk gambar):

  • Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
  • Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang.
  • Diikuti tulisan Rumi “HALAL”.
  • Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan “ماليزيا”   dalam perkataan Arab.
  • Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan Rumi dan perkataan Arab tersebut.

Untuk produk/premis yang mempunyai logo halal Malaysia, anda boleh membuat pengesahan pensijilan halal dengan membuat semakan halal secara online atau melalui SMS.

Berikut adalah senarai  logo halal Malaysia serta senarai logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.


Senarai Badan Islam (Serta Logo Halal) Luar Negara Yang Diiktiraf

Mengenali logo halal luar negara yang diiktiraf JAKIM adalah penting untuk pengguna Muslim yang ingin membeli barangan yang diimport. Bagi peniaga yang ingin mengimport produk masuk ke Malaysia, sijil halal yang diiktiraf akan mengelakkan kerugian dan keraguan.

Sekirannya ingin melancong ke luar negara, anda bolehlah terlebih dahulu download dan simpan di telefon pintar gambar logo-logo halal diiktiraf di negara yang akan dikunjungi.

logo halal luar negara diiktiraf JAKIM terkini

Berikut adalah senarai terkini pihak berkuasa Islam dan badan pensijilan serta logo halal di seluruh dunia yang diiktiraf oleh JAKIM. Sehingga 13 Februari 2019, JAKIM telah mengiktiraf 78 logo halal luar negara dari 45 buah negara di seluruh dunia.

Muat turun senarai terkini dalam format pdf di sini.

Senarai ini disusun mengikut negara dan ia mengandungi nama organisasi, alamat, cara berhubung (nama, no. telefon, fax, email) dan logo halal yang mereka keluarkan / gunakan.

Semoga maklumat tentang logo halal dalam negara dan luar negara yang diiktiraf JAKIM in bermanfaat buat para pembaca beragama Islam yang sentiasa mementingkan kehalalan dalam kehidupan seharian.

11 comments

Denaihati

Denaihati

26 April, 2014 16:10
berguna maklumat ni, lepas ni boleh check kalau-kalau ada yang meragukan.
Bahrain

Bahrain

26 April, 2014 16:42
Kena alert dengan Logo Halal tempatan mahupun luar negara.
Ezlaila

Ezlaila

26 April, 2014 22:21
Info yang amat penting buat umat Islam semua. Semoga perkongsian ini dapat diwar-warkan demi kepentingan ummah.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

27 April, 2014 00:41
@Balasan Boleh buat rujukan kalau nak travel ke luar negara.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

27 April, 2014 01:00
@Balasan Especially yang tempatan, sebab wujudnya logo halal tipu.
kamil salleh

kamil salleh

27 April, 2014 02:18
Ini akan memudahkan rakyat kita melancong ke negara luar atau yang belajar atau bekerja di sana. Maklumat pesijilan halal memang wajib diketahui.
Faizal Fredley

Faizal Fredley

03 Mei, 2014 10:10
entri yang berguna....boleh dijadikan panduan....
Hanafi Abdullah

Hanafi Abdullah

06 Mei, 2014 09:27
bagus info ini..memang berguna

Jumpa lagi dan salam ukkhuwah dari admin blog Hero Borneo
Ezad Skytech

Ezad Skytech

07 Mei, 2014 20:52
memang sangat berguna info ni...buat kita lebih alert dengan logo halal luar negara...:D
Pha Is

Pha Is

13 Mei, 2014 00:10
sekarang ni banyak logo yg palsu.. kena jaga2..
Ulasan ditutup