Kadar Harga Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang (JK2PP) 2021
Berikut adalah kadar tol 2021 bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang (JK2PP) atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) yang diumumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Jambatan Kedua Pulau Pinang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dengan Batu Maung di Pulau Pinang. Ia merupakan jambatan kedua yang menghubungi Pulau Pinang dengan tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang.
[Baharu] Jambatan Angkat Kuala Terengganu
JSAHMS mempunyai 2 lorong laluan kereta serta satu lorong motosikal untuk setiap arah. Kutipan tol di jambatan ini dilaksanakan secara sistem tol terbuka. Terdapat dua (2) buah plaza tol iaitu:
- Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang (Plaza Tol Bandar Cassia) iaitu untuk pengguna yang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Pilih Plaza A di sebelah kanan untuk ke pulau.
- Plaza Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah) iaitu untuk pengguna dari Persimpangan Bertingkat Batu Kawan.
Terdapat dua bayaran tol yang dikenakan kepada pengguna iaitu tol bagi jambatan dan tol bagi jalan penghubung.
a) Tol bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang
Tol dikenakan secara sehala, iaitu hanya ke atas kenderaan dari tanah besar (Batu Kawan) yang menuju ke pulau (Batu Maung). Tol dikutip di Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Plaza Tol Bandar Cassia.
Senarai harga tol yang dikenakan adalah seperti berikut:
[Terkini] Berkuatkuasa pada 1 Februari 2020, bayaran tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi Kenderaan Persendirian (Kelas 1) diturunkan sebanyak 18%.
[1 Januari 2019] Kutipan tol untuk motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dimansuhkan.
KELAS | JENIS KENDERAAN | KADAR TOL (RM) |
---|---|---|
Kelas 0 | Motosikal | Percuma |
Kelas 1 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali teksi dan bas) | 5.74 |
Kelas 2 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda (kecuali bas) | 30.50 |
Kelas 3 | Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas) | 70.10 |
Kelas 4 | Teksi | 8.50 |
Kelas 5 | Bas | 26.20 |
Kemaskini 1 Januari 2021
b) Tol bagi jalan penghubung JPP2
Tol bagi jalan penghubung dikenakan di kedua-dua hala iaitu kepada:
- Pengguna yang keluar dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Plaza Tol Bandar Cassia, yang ingin melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang atau ke Batu Kawan, dan
- Pengguna yang masuk ke Lebuhraya PLUS melalui Plaza Tol Bandar Cassia.
Senarai harga tol yang dikenakan adalah seperti berikut:
KELAS | JENIS KENDERAAN | KADAR TOL (RM) |
---|---|---|
Kelas 1 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali teksi dan bas) | 0.60 |
Kelas 2 | Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda (kecuali bas) | 0.90 |
Kelas 3 | Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas) | 1.20 |
Kelas 4 | Teksi | 0.30 |
Kelas 5 | Bas | 0.50 |
Contoh Pengiraan Bayaran Tol JK2PP
Untuk menjelaskan cara-cara mengira jumlah tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang perlu dibayar, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia ada meyediakan contoh perkiraan bayaran tol seperti di bawah:
Semoga info tentang kadar bayaran tol Jambatan Kedua Pulau Pinang ini berguna buat para pembaca, khususnya mereka yang ingin berkunjung ke Penang.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel