Harga Dan Spesifikasi SUV Perodua Ativa

Harga dan spesifikasi SUV Perodua ATIVA 2021. Perodua Ativa adalah model SUV kedua Perodua, selepas Aruz. Ia merupakan sebuah compact SUV dengan pacuan roda depan (front-wheel drive).

SUV kompak ini didatangkan dengan tiga varian iaitu varian asas Ativa 1.0L Turbo X, varian pertengahan Ativa 1.0L Turbo H dan varian premium Ativa 1.0L Turbo AV. Ativa dikuasakan oleh enjin VVT-i DOHC Turbo tiga silinder berkapasiti 1.0 liter, dan dipadankan dengan transmisi D-CVT (Dual-Mode CVT) tujuh gear maya.

Perodua Ativa 2021 boleh didapati dalam 5 pilihan warna iaitu Glittering Silver, Granite Grey, Cobalt Blue (untuk varian X dan H sahaja), Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red. Warna Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red boleh juga didapati dalam versi Special Metallic dua tona untuk varian AV.

Gambar Perodua SUV Ativa 2021

Berikut adalah gambar-gambar SUV Perodua Ativa 2021.

Perodua Ativa depan belakang

Perodua Ativa sisi

Perodua Ativa interior

Senarai Harga Perodua Ativa 2021

Berikut adalah harga on-the-road (OTR) tidak termasuk insuran dan SST bagi Perodua Ativa 2021. Harga ini sah untuk pendaftaran persendirian sahaja. Sila layari Senarai Harga Kereta Perodua untuk model-model lain.

Model Perodua Harga OTR (RM)
Semenanjung Malaysia Sabah & Sarawak WP Labuan Langkawi
Ativa 1.0L TURBO AV (2-Tone Special Metallic Black Roof) 72,000 74,000 70,130 68,800
Ativa 1.0L TURBO AV (Special Metallic)) 71,700 73,700 69,850 68,520
Ativa 1.0L TURBO AV (Metallic) 71,200 73,200 69,360 68,030
Ativa 1.0L TURBO H (Special Metallic) 66,600 68,600 64,900 63,570
Ativa 1.0L TURBO H (Metallic) 66,100 68,100 64,410 63,080
Ativa 1.0L TURBO X (Metallic) 61,500 63,500 59,980 58,650

Dikemaskini 3 Mac 2021

Spesifikasi Perodua Ativa

Ketiga-tiga varian Ativa dilengkapi dengan lampu depan, lampu depan dan lampu brek LED, rim aloi 17 inci, kawalan audio pada stering, keyless entri dan butang mula/henti enjin, port USB dan sensor parkir.

Dari aspek keselamatan, Perodua Ativa dilengkapi dengan enam beg udara, kawalan stabiliti serta sistem Advanced Safety Assist (ASA) versi paling baharu. Ia termasuk dengan brek kecemasan autonomous, Lane Keep Assist, Lane Departure Warning dan Automatic High Beam.

Ativa H dan AV dilengkapi dengan sistem infotainmen yang menggunakan skrin sesentuh sembilan inci, panel instrumen digital tujuh inci, kamera undur, sensor parkir hadapan, lampu depan LED otomatik dengan Adaptive Driving Beam (ADB) dan tambahan dua port USB di belakang.

Ativa AV dilengkapi perakam video pemanduan (DVR), Adaptive Cruise Control, Lane Centering Assist, Blind spot monitoring dan Rear cross traffic alert.

Semoga info mengenai harga, gambar dan spesifikasi penuh SUV Perodua Ativa 2021 ini bermanfaat buat pembaca.