Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan SPM Sesi 2020/2021

Semakan keputusan permohonan UPUOnline SPM/Setaraf bagi sesi akademik 2020/2021.

Post ini dikemaskini secara berterusan untuk berkongsi maklumat terbaharu dari Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai semakan berkaitan permohonan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan 2020/2021. Maklumat ini terhad kepada permohonan yang di buat menerusi UPUOnline.

Sila bookmark dan share.

semakan keputusan permohonan kemasukan UPU UA IPG Matrikulasi IPTA

Semakan Keputusan UPUOnline untuk SPM/Setaraf

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2020/2021 untuk lepasan SPM/Setaraf. Semakan boleh dibuat secara online di laman web UA terpilih serta laman web UPUOnline, telefon dan juga melalui aplikasi mudah alih UPUPocket.

Semakan boleh dibuat mulai dari tarikh seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Hebahan keputusan UPUOnline akan dibuat pada 3 Jun 2020

a) Semakan Keputusan Permohonan UPU Secara Online

Semakan secara online boleh dibuat melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah.

b) Semakan Keputusan Permohonan UPU Melalui Telefon

Semakan keputusan permohonan UPU boleh juga dilakukan dengan menelefon talian hotline UPU: 03-88708200.

c) Semakan Keputusan UPU Menggunakan App

Semakan keputusan permohonan UPU boleh dibuat menggunakan aplikasi mobile UPUPocket 2.0. Aplikasi mudah alih ini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi ini boleh juga semak kelayakan kemasukan, ePanduan, status permohonan UPU, keputusan permohonan dan rayuan dan juga rujukan Tarikh-tarikh Penting UPU 2020/2021.

Pemohon yang BERJAYA akan mendapat surat tawaran yang dikeluarkan sendiri oleh UA atau Politeknik. Untuk mengesahkan tawaran tersebut, pemohon perlu menjawab surat SETUJU TERIMA TAWARAN dalam tempoh yang ditetapkan (seperti dinyatakan dalam surat tawaran).

Cetakan Surat Tawaran

Berikut adalah senarai pautan laman web UA dan JPP untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran.

Permohonan Rayuan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA

Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan. UPU Online e-Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari sahaja bermula dari hari keputusan tawaran diumumkan.

Untuk maklumat terkini berkaitan semakan keputusan UPUOnline ke UA/IPG/Matrikulasi/Politeknik/Kolej Kominiti/ILKA, sila layari portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.mohe.gov.my/web/ atau FB rasmi UPU - Kemasukan BPKP JPT.

Pemohon boleh menghubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang untuk sebarang pertanyaan.