Senarai 50 OrangTerkaya Malaysia 2020

Berikut adalah senarai terkini 50 orang paling kaya di Malaysia menurut laporan majalah Forbes. Ranking disusun berdasarkan nilai bersih (net worth) mereka pada permulaan bulan Mac 2020.

[Baharu] Senarai 50 Orang Paling Kaya di Malaysia 2021

Senarai tahun 2020 menyaksikan penyusutan jumlah kekayaan sebanyak 7% dari tahun 2019 kepada $79 bilion (RM329 bilion). Ini disebabkan gabungan beberapa faktor seperti keadaan ekonomi yang perlahan, kemerosotan hampir 10% dalam indeks pasaran saham, nilai Ringgit yang lemah dan wabak COVID-19.

Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia. Beliau berada di tangga teratas sebagai individu terkaya Malaysia sejak 15 tahun lalu. Untuk tahun 2020, bilionair ini memiliki kekayaan bernilai AS$11.5 bilion (RM47.9 bilion). Sebahagian besar kekayaannya datang dari komoditi, perhotelan dan hartanah.

Syed Mokhtar AlBukhary turun satu anak tangga di kedudukan ke-13 dan nilai bersih beliau juga menurun berbanding tahun lepas. Tiada wanita tersenarai dalam top 50 individu terkaya di Malaysia untuk tahun ini.

50 individu terkaya Malaysia

50 Individu Paling Kaya di Malaysia 2020

Berikut adalah ranking individu paling kaya di Malaysia untuk tahun 2020 berdasarkan net worth. Turut disertakan ialah net worth dalam Dollar Amerika (USD), umur dan sumber kekayaan mereka.

Rank Nama Nilai Bersih (USD) Umur Punca Kekayaan
1 Robert Kuok $11.5 B 96 minyak sawit, perkapalan, hartanah
2 Quek Leng Chan $9.7 B 78 perbankan, hartanah
3 Ananda Krishnan $5.9 B 81 telekom, media, oil-services
4 Chen Lip Keong $5.3 B 72 kasino, hartanah, tenaga
5 Teh Hong Piow $4.85 B 89 perbankan
6 Lee Yeow Chor & Yeow Seng $4.8 B - minyak sawit, hartanah
7 Lim Kok Thay $3.2 B 68 kasino
8 Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng $3 B - aluminium
9 Kuan Kam Hon $2.8 B 72 sarung tangan sintetik
10 Lau Cho Kun $2.3 B 84 minyak sawit, hartanah
11 Francis Yeoh & siblings $1.7 B 65 pembinaan, tenaga, hartanah
12 Jeffrey Cheah $1.45 B 74 hartanah
13 Syed Mokhtar AlBukhary $1.4 B 68 kejuruteraan, tenaga, pembinaan
14 Lim Wee Chai $1.35 B 62 sarung tangan getah
15 G. Gnanalingam $1 B 75 pelabuhan
16 Surin Upatkoon $980 M 70 telekom, loteri, insurans
17 Tiong Hiew King $976 M 84 balak, media
18 Ngau Boon Keat $975 M 71 minyak & gas
19 Ninian Mogan Lourdenadin $970 M 66 hartanah, runcit, perkhidmatan kewangan
20 David Kong $900 M 65 perkhidmatan pengebumian
21 Lee Oi Hian & Hau Hian $835 M - minyak sawit, kimia, hartanah
22 Lim Kang Hoo $765 M 64 hartanah
23 Vincent Tan $750 M 68 runcit, perjudian, hartanah
24 Lim Peng Cheong & Peng Jin $685 M - pembuatan
25 Syed Azman Syed Ibrahim $675 M 59 penerbangan, kenderaan bermotor
26 Danny Tan Chee Sing $665 M 64 hartanah
27 Ahmayuddin bin Ahmad $620 M 63 pelabuhan
28 Lim Han Weng $610 M 67 minyak & gas
29 Goh Peng Ooi $600 M 65 perisian
30 Cheah Cheng Hye $595 M 65 pelaburan
31 Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming $480 M - perhutanan, minyak sawit, hartanah
32 Desmond Lim Siew Choon $470 M 59 hartanah
33 Patrick Grove $465 M 44 e-dagang, media
34 Kong Chong Soon $420 M 79 hartanah
35 Azman Hashim $410 M 80 perbankan
36 Mohd Abdul Karim Abdullah $405 M 54 minyak & gas
37 Ong Leong Huat $365 M 75 hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan
38 Abdul Kadier Sahib $360 M 71 minyak & gas
39 Loh Kian Chong $355 M 43 kenderaan bermotor, minyak sawit, hartanah
40 Wong Thean Soon $340 M 48 perkhidmatan elektronik
41 Tony Fernandes $335 M 55 penerbangan
42 Wen Chiu Chi $325 M 63 hartanah
43 Kamarudin Meranun $315 M 58 syarikat penerbangan
44 Wong Teek Son $310 M 57 pembuatan sarung tangan
45 Mokhzani Mahathir $305 M 59 minyak & gas
46 Gooi Seong Lim $290 M 70 hartanah, pembinaan
47 Chu Jenn Weng $280 M 50 peralatan automatik
48 Kong Pak Lim $275 M 65 hartanah
49 Yong Pang Chaun $265 M 69 runcit
50 Oh Kuang Eng $255 M 50 peralatan pemprosesan

Senarai orang paling kaya di Malysia 2020 ini adalah berdasarkan laporan dari majalah Forbes (www.forbes.com). Forbes menghasilkan senarai ini dengan menggunakan maklumat dari orang perseorangan, bursa saham, penganalisis, pangkalan data swasta, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber-sumber lain. Nilai bersih didasarkan pada harga saham dan kadar tukaran asing pada penutupan pasaran saham pada 28 Februari 2020.