Senarai 50 Orang Terkaya Malaysia 2021

Berikut adalah senarai terkini 50 orang paling kaya di Malaysia menurut laporan majalah Forbes. Ranking disusun berdasarkan net worth / nilai bersih kekayaan mereka pada bulan Mei 2021.

Senarai tahun 2021 menyaksikan peningkatan jumlah kekayaan sebanyak 14% dari tahun 2020 kepada $90 bilion.

Peningkatan permintaan global terhadap sarung tangan getah perubatan disebabkan pandemik COVID-19 menyaksikan penyenaraian lima pengeluar sarung tangan di mana dua daripadanya - Kuan Kam Hon dari Hartalega Holdings dan Lim Wee Chai dari Top Glove, berada di kedudukan top 10. Turut tersenarai ialah dua beradik pemilik Kumpulan Mr. DIY Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei di tangga ke-10.

Wabak COVID-19 turut menyusutkan kekayaan jutawan kasino Chen Lip Keong dan Lim Kok Thay. Jutawan penerbangan Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun dari Air Asia terkeluar dari senarai.

Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia. Beliau berada di tangga teratas sebagai individu terkaya Malaysia sejak 16 tahun lalu. Untuk tahun 2021, kekayaan bilionair ini meningkat kepada AS$12.2 bilion. Sebahagian besar kekayaannya datang dari minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Syed Mokhtar AlBukhary turun satu anak tangga di kedudukan ke-18 dan nilai bersih beliau juga menurun berbanding tahun lepas. Tiada wanita tersenarai dalam top 50 individu terkaya di Malaysia untuk tahun ini.

50 individu terkaya Malaysia

50 Individu Paling Kaya di Malaysia 2021

Berikut adalah ranking individu paling kaya di Malaysia untuk tahun 2020 berdasarkan net worth. Turut disertakan ialah net worth dalam Dollar Amerika (USD), umur dan sumber kekayaan mereka.

Rank Nama Nilai Bersih (USD) Umur Punca Kekayaan
1 Robert Kuok $12.2 B 97 minyak sawit, perkapalan, hartanah
2 Quek Leng Chan $9.6 B 79 perbankan, hartanah
3 Koon Poh Keong & adik beradik $6.4 B - aluminium
4 Ananda Krishnan $5.8 B 83 telekom, media, oil-services
5 Teh Hong Piow $5.5 B 91 perbankan
6 Lee Yeow Chor & Yeow Seng $4.9 B - minyak sawit, hartanah
7 Kuan Kam Hon $3.8 B 73 sarung tangan getah
8 Lim Wee Chai $3.5 B 63 sarung tangan getah
9 Chen Lip Keong $3.4 B 73 kasino, hartanah, tenaga
10 Tan Yu Yeh & Tan Yu Wei $2.7 B - peruncitan
11 Lim Kok Thay $2.55 B 69 kasino
12 Lau Cho Kun $2.2 B 85 minyak sawit, hartanah
13 G. Gnanalingam $1.8 B 76 pelabuhan
14 Lim Kuang Sia & adik beradik $1.4 B 69 sarung tangan getah
15 Jeffrey Cheah $1.35 B 76 hartanah
16 Tiong Hiew King $1.3 B 86 balak, media
17 Francis Yeoh & adik beradik $1.25 B 66 pembinaan, tenaga, hartanah
18 Syed Mokhtar AlBukhary $1.2 B 69 kejuruteraan, tenaga, pembinaan
19 Lee Oi Hian & Hau Hian $1.15 B - minyak sawit, kimia, hartanah
20 Stanley Thai & Cheryl Tan $1.1 B 61 sarung tangan getah
21 Surin Upatkoon $1 B 72 telekom, loteri, insurans
22 Tan Eng Kee $965 M 51 peralatan automasi kilang
23 Lim Peng Cheong & Peng Jin $945 M - pembungkusan, hartanah
24 Vincent Tan $915 M 69 runcit, perjudian, hartanah
25 Ninian Mogan Lourdenadin $900 M 67 hartanah, runcit, perkhidmatan kewangan
26 Wong Teek Son $890 M 59 sarung tangan getah
27 Lim Kang Hoo $750 M 65 hartanah
28 Cheah Cheng Hye $735 M 67 pelaburan
29 David Kong $635 M 66 perkhidmatan pengebumian
30 Danny Tan Chee Sing $600 M 66 hartanah
31 Ngau Boon Keat $560 M 72 minyak & gas
32 Syed Azman Syed Ibrahim $550 M 61 penerbangan, pengedaran kenderaan bermotor
33 Wen Chiu Chi $475 M 64 hartanah
34 Wong Thean Soon $470 M 49 perkhidmatan elektronik
35 Chu Jenn Weng $460 M 51 elektronik
36 Kong Chong Soon $455 M 80 hartanah
37 Ng Chai Eng $450 M 57 perkhidmatan kejuruteraan
38 Lau Chee Kheong $445 M 58 perkhidmatan kejuruteraan
39 Lim Han Weng $440 M 69 minyak & gas
40 Azman Hashim $420 M 81 perbankan
41 Oh Kuang Eng $410 M 51 peralatan pemprosesan
42 Goh Peng Ooi $395 M 66 perisian
43 Loh Kian Chong $375 M 45 kenderaan bermotor, minyak sawit, hartanah
44 Ong Leong Huat $370 M 77 hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan
45 Patrick Grove $365 M 46 e-dagang, media
46 Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming $360 M - perhutanan, minyak sawit, hartanah
47 Desmond Lim Siew Choon $350 M 61 hartanah
48 Gooi Seong Lim $340 M 71 hartanah, pembinaan
49 Steven Siaw Kok Tong $325 M 49 elektronik
50 Kong Pak Lim $315 M 66 hartanah

Senarai orang paling kaya di Malysia 2021 ini adalah berdasarkan laporan dari majalah Forbes (www.forbes.com). Forbes menghasilkan senarai ini dengan menggunakan maklumat dari orang perseorangan, bursa saham, penganalisis, pangkalan data swasta, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber-sumber lain. Nilai bersih didasarkan pada harga saham dan kadar tukaran asing pada penutupan pasaran saham pada 17 Mei 2021.