Senarai 50 OrangTerkaya Malaysia 2019

Berikut adalah senarai terkini 50 orang paling kaya di Malaysia menurut laporan majalah Forbes. Ranking disusun berdasarkan nilai bersih (net worth) mereka pada permulaan bulan Mac 2019.

Senarai tahun 2019 menyaksikan kemerosotan kekayaan bagi 30 orang hartawan Malaysia dari senarai tahun 2018, sementara hanya 11 orang menikmati peningkatan. Ini disebabkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, penurunan nilai saham dan ketidaktentuan politik.

[Baharu] Senarai 50 Orang Paling Kaya di Malaysia 2020

Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia. Beliau berada di tangga teratas sebagai individu terkaya Malaysia sejak 14 tahun lalu. Untuk tahun 2019, bilionair ini memiliki kekayaan bernilai AS$12.8 bilion (RM52.4 bilion), juga merupakan individu ke-104 paling kaya di dunia. Sebahagian besar kekayaannya datang dari komoditi, perhotelan dan hartanah.

Syed Mokhtar AlBukhary kekal berada berada di kedudukan ke-12 namun nilai bersih beliau sedikit menurun berbanding tahun lepas. Tiada wanita tersenarai dalam top 50 individu terkaya di Malaysia untuk tahun ini, selepas wanita terkaya di Malaysia tahun 2018 Norraesah Mohamad terkeluar dari senarai.

50 individu terkaya Malaysia


50 Individu Paling Kaya di Malaysia 2019

Rank Nama Nilai Bersih (USD) Umur Punca Kekayaan
1 Robert Kuok $12.8 B 95 minyak sawit, perkapalan, hartanah
2 Quek Leng Chan $9.4 B 77 perbankan, hartanah
3 Teh Hong Piow $6.7 B 89 perbankan
4 Ananda Krishnan $6.2 B 80 telekom, media, oil-services
5 Lee Shin Cheng $5.4 B 80 minyak sawit, hartanah
6 Chen Lip Keong $5.0 B 71 kasino, hartanah, tenaga
7 Lim Kok Thay $4.7 B 67 kasino
8 Lau Cho Kun $3.4 B 83 minyak sawit, hartanah
9 Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng $2.6 B - aluminium
10 Kuan Kam Hon $2.4 B 71 sarung tangan sintetik
11 Francis Yeoh & adik-beradik $1.8 B 64 pembinaan, tenaga, hartanah
12 Syed Mokhtar AlBukhary $1.7 B 67 kejuruteraan, tenaga, pembinaan
13 Jeffrey Cheah $1.3 B 73 hartanah
14 Lim Wee Chai $1.2 B 61 sarung tangan getah
15 Surin Upatkoon $1.0 B 69 telekom, loteri, insurans
16 David Kong $990 M 64 perkhidmatan pengebumian
17 G. Gnanalingam $950 M 74 pelabuhan
18 Lee Oi Hian & Lee Hau Hian $930 M - minyak sawit, kimia, hartanah
19 Ngau Boon Keat $920 M 70 minyak & gas
20 Goh Peng Ooi $900 M 64 perisian
21 Tiong Hiew King $860 M 83 balak, media
22 Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming $850 M - perhutanan, minyak sawit, hartanah
23 Desmond Lim Siew Choon $780 M 58 hartanah
24 Vincent Tan $770 M 67 runcit, perjudian, hartanah
25 Syed Azman Syed Ibrahim $750 M 58 penerbangan/kenderaan bermotor
26 Ninian Mogan Lourdenadin $740 M 65 hartanah, runcit, perkhidmatan kewangan
27 Lim Kang Hoo $710 M 63 hartanah
28 Cheah Cheng Hye $690 M 64 pelaburan
29 Danny Tan Chee Sing $650 M 63 hartanah
30 Lim Peng Cheong & Lim Peng Jin $640 M - pembuatan
31 Ahmayuddin bin Ahmad $580 M 62 pelabuhan
32 Tony Fernandes $530 M 54 syarikat penerbangan
33 Kamarudin Meranun $520 M 57 syarikat penerbangan
34 Azman Hashim $450 M 79 perbankan
35 Kua Sian Kooi $420 M 66 insurans, hartanah
36 Lim Han Weng $410 M 66 minyak & gas
37 Patrick Grove $400 M 43 e-commerce/media
38 Anthony Tan $380 M 37 pengangkutan on-demand, perisian mudah alih
39 Ong Leong Huat $350 M 74 hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan
40 Mohd Abdul Karim Abdullah $345 M 53 minyak & gas
41 Kong Chong Soon $340 M 78 hartanah
42 Leong Kok Wah $335 M 65 hartanah
43 Wong Teek Son $330 M 56 pembuatan sarung tangan
44 Mokhzani Mahathir $325 M 58 minyak & gas
45 Loh Kian Chong $320 M 42 kenderaan bermotor, minyak sawit, hartanah
46 Yong Pang Chaun $300 M 68 runcit
47 Teong Teck Lean $290 M 58 perkhidmatan penghantaran
48 Wong Thean Soon $280 M 47 perkhidmatan elektronik
49 Abdul Kadier Sahib $275 M 71 minyak & gas
50 Leong Hoy Kum $250 M 61 hartanah

Senarai orang paling kaya di Malysia 2019 ini adalah bersumberkan laporan dari majalah Forbes (www.forbes.com). Forbes menghasilkan senarai ini dengan menggunakan maklumat dari orang perseorangan, bursa saham, penganalisis, pangkalan data swasta, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber-sumber lain. Nilai bersih didasarkan pada harga saham dan kadar tukaran asing pada penutupan pasaran saham pada 28 Februari 2019.