Senarai 50 Individu Terkaya Malaysia 2018

Berikut adalah senarai terkini 50 orang paling kaya di Malaysia menurut laporan majalah Forbes. Ranking disusun berdasarkan nilai bersih (net worth) mereka pada awal bulan Mac 2018.

"Sugar King" Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang terkaya Malaysia untuk tahun 2018. Beliau berada di kedudukan sebagai individu paling kaya di Malaysia sejak 13 tahun lalu.

[Baharu] Senarai 50 Individu Terkaya Malaysia 2019

Bilionair ini juga merupakan individu ke-96 paling kaya di dunia dengan kekayaan bernilai AS$14.8 bilion (RM57.7 bilion) yang sebahagian besarnya datang dari sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Dalam senarai 50 orang bilionair dan jutawan ini, terdapat cuma lapan orang Melayu dan seorang wanita. Syed Mokhtar AlBukhary yang berada di kedudukan ke-12 merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia, manakala Norraesah Mohamad yang berada di kedudukan ke-49 merupakan wanita terkaya di Malaysia.

individu terkaya di malaysia 2018


50 Individu Paling Kaya di Malaysia 2018

Rank Nama Nilai Bersih (USD) Umur Punca Kekayaan
1 Robert Kuok $14.8 B 94 minyak sawit, perkapalan, hartanah
2 Quek Leng Chan $7.2 B 76 perbankan, hartanah
3 Ananda Krishnan $7.1 B 79 telekom, media, oil-services
4 Teh Hong Piow $6 B 87 perbankan
5 Lee Shin Cheng $5.6 B 79 minyak sawit, hartanah
6 Lim Kok Thay $4.7 B 66 kasino
7 Chen Lip Keong $3.3 B 70 kasino, hartanah, tenaga
8 Koon Poh Keong & Poh Ming $3 B - aluminum
9 Lau Cho Kun $2.6 B 82 minyak sawit, hartanah
10 Kuan Kam Hon $2.5 B 70 sarung tangan sintetik
11 Francis Yeoh & siblings $2.4 B 63 pembinaan, power, hartanah
12 Syed Mokhtar AlBukhary $1.9 B 66 kejuruteraan, tenaga, pembinaan
13 Jeffrey Cheah $1.3 B 72 hartanah
14 Lim Wee Chai $1.2 B 60 sarung tangan getah
15 Lim Peng Cheong & Lim Peng Jin $1.19 B - pembuatan
16 Tiong Hiew King $1.1 B 82 balak, media
17 Lee Oi Hian & Lee Hau Hian $1.05 B - minyak sawit, kimia, hartanah
18 Surin Upatkoon $1 B 68 telekom, loteri, insurans
19 Danny Tan Chee Sing $990 M 62 hartanah
20 Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming $980 M - perhutanan, minyak sawit, hartanah
21 G. Gnanalingam $950 M 73 pelabuhan
22 David Kong $920 M 63 perkhidmatan pengebumian
23 Desmond Lim Siew Choon $910 M 57 hartanah
24 Goh Peng Ooi $900 M 63 perisian
25 Vincent Tan $820 M 66 runcit, perjudian, hartanah
26 Ngau Boon Keat $810 M 69 minyak & gas
27 Lim Kang Hoo $800 M 62 hartanah
28 Ninian Mogan Lourdenadin $770 M 64 hartanah, runcit, perkhidmatan kewangan
29 Wong Thean Soon $755 M 46 perkhidmatan elektronik
30 Tony Fernandes $745 M 53 syarikat penerbangan
31 Kamarudin Meranun $735 M 56 syarikat penerbangan
32 Ibrahim Syed Azman $700 M 57 pengangkutan/kenderaan bermotor
33 Ahmayuddin bin Ahmad $580 M 61 pelabuhan
34 Azman Hashim $520 M 78 perbankan
35 Kong Chong Soon $510 M 77 hartanah
36 Leong Kok Wah $480 M 64 hartanah
37 Patrick Grove $440 M 42 e-commerce/media
38 Cheah Cheng Hye $435 M 63 pelaburan
39 Yong Pang Chaun $430 M 67 runcit
40 Teong Teck Lean $425 M 57 perkhidmatan penghantaran
41 Lim Han Weng $420 M 65 minyak & gas
42 Freddy Lim Nyuk Sang $380 M 65 minyak sawit
43 Mokhzani Mahathir $370 M 57 minyak & gas
44 Ong Leong Huat $365 M 73 hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan
45 Tan Chin Nam $355 M 91 hartanah
46 Wong Teek Son $320 M 55 pembuatan sarung tangan
47 Leong Hoy Kum $315 M 60 hartanah
48 Mohd Abdul Karim Abdullah $310 M 52 minyak & gas
49 Norraesah Mohamad $305 M 69 pelaburan
50 Anthony Tan $300 M 36 pengangkutan on-demand, perisian mudah alih