Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Mingguan Terkini

Harga minyak petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi minggu bermula 28 September 2017. Berikut adalah maklumat perubahan harga runcit minyak petrol dan diesel di Malaysia.

Bermula 29 Mac 2017, harga siling bahan api (minyak petrol dan disel) ditetapkan secara mingguan mengikut kaedah pengapungan terkawal berdasarkan Purata Harga Pasaran minggu sebelumnya. Harga mingguan baharu akan berkuatkuasa bermula setiap hari Khamis.


Senarai Harga Terkini Petrol dan Diesel

Untuk memudahkan anda memantau pergerakan naik turun harga runcit (harga di pam) bahan api, berikut kami sediakan senarai harga mingguan bagi seliter minyak petrol dan diesel di semua lokasi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jadual sejarah harga minyak ini akan kami kemaskini setiap minggu.

Minggu Petrol RON95
(RM/liter)
Petrol RON97
(RM/liter)*
Diesel
(RM/liter)
28 Sep - 4 Okt 2017 akan dikemaskini akan dikemaskini akan dikemaskini
21 - 27 Sep 2017 2.19 2.49 2.10
14 - 20 Sep 2017 2.21 2.52 2.14
7 - 13 Sep 2017 2.20 2.48 2.05
31 Ogos - 6 Sep 2017 2.16 2.44 2.04
24 - 30 Ogos 2017 2.15 2.43 2.01
17 - 23 Ogos 2017 2.15
2.43 2.04
10 - 16 Ogos 2017 2.12 2.39 2.06
3 - 9 Ogos 2017 2.07 2.32 2.05
27 Julai - 2 Ogos 2017 2.03 2.28 1.99
20 - 26 Julai 2017 1.97 2.22 1.96
13 - 19 Julai 2017 1.97 2.22  1.96
6 - 12 Julai 2017 1.93 2.19 1.91
29 Jun - 5 Julai 2017 1.89 2.15 1.84
22 - 28 Jun 2017 1.91 2.17 1.88
15 - 21 Jun 2017 1.98 2.24 1.88
8 - 14 Jun 2017 2.05 2.31 1.94
1 - 7 Jun 2017 2.10 2.38 2.02
25 - 31 Mei 2017 2.12 2.40 2.03
18 - 24 Mei 2017 2.08 2.36 1.99
11 - 17 Mei 2017 2.01 2.29 1.95
4 - 10 Mei 2017 2.11 2.39 2.08
27 Apr - 3 Mei 2017 2.21 2.49 2.14
20 - 26 Apr 2017 2.27 2.54 2.21
13 - 19 Apr 2017 2.24 2.52 2.16
6 - 12 Apr 2017 2.16 2.43 2.08
30 Mac - 5 Apr 2017 2.13 2.41 2.11
Mac 2017 2.30 2.60 2.20
Februari 2017 2.30 2.60 2.15
Januari 2017 2.10 2.40 2.05
Disember 2016 1.90 2.25 1.85
November 2016 1.95 2.30 1.90
Oktober 2016 1.80 2.15 1.75
September 2016 1.70 2.05 1.70
Ogos 2016 1.75 2.10 1.70
Julai 2016 1.75 2.10 1.60
Jun 2016 1.70 2.05 1.55
Mei 2016 1.70 2.05 1.55
April 2016 1.70 2.05 1.55
Mac 2016 1.60 1.95 1.35
Februari 2016 1.75 2.05 1.35
Januari 2016 1.85 2.25 1.60
Disember 2015 1.95 2.45 1.90
November 2015 2.05 2.45 1.90
Oktober 2015 2.05 2.45 1.90
September 2015 1.95 2.35 1.80
Ogos 2015 2.05 2.45 1.95
Julai 2015 2.15 2.55 2.05
Jun 2015 2.05 2.35 2.05
Mei 2015 1.95 2.25 1.95
April 2015 1.95 2.25 1.95
Mac 2015 1.95 2.25 1.95
Februari 2015 1.70 2.00 1.70
Januari 2015 1.91 2.11 1.93
Disember 2014 2.26 2.46 2.23

*Petrol RON97 - harga temasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6%

Klik sini untuk melihat harga-harga terdahulu.

harga minyak petrol dan diesel terkini


Kaedah Pengapungan Terkawal

Melalui kaedah pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk dan kadar pertukaran mata wang bulan minggu semasa akan menentukan penetapan harga bagi bulan minggu berikutnya. Ini bermakna harga runcit minyak akan bergantung kepada harga minyak mentah di pasaran dunia. Jika harga minyak mentah dunia meningkat, harga runcit minyak juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Semoga maklumat harga semasa petrol dan diesel di atas berguna buat semua pembaca.

Baca juga:

Click to go to top