AwAS Dan Sistem Mata Demerit KEJARA

Automated Awareness Safety System (AwAS) atau Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik adalah gabungan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik / Automated Enforcement System (AES).

Sistem yang bertujuan membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya ini telah dilaksanakan mulai 15 April 2017.

[Maklumat terkini] Mulai 1 September 2018, kerajaan melalui JPJ akan melaksanakan sepenuhnya peruntukan perundangan ke atas saman-saman yang dikeluarkan oleh AES/AwAS tanpa sebarang pengurangan atau pengecualian.

Buat permulaan, perlaksanaan AwAS hanya melibatkan kesalahan had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat merah.


Sistem KEJARA

Dengan sistem KEJARA, pemandu kenderaan bermotor akan diberikan mata demerit bila melakukan kesalahan jalan raya yang terjadual. Tindakan akan diambil ke atas pemandu berdasarkan mata demerit yang telah terkumpul.


Senarai Tindakan Sistem KEJARA

Berikut adalah senarai tindakan yang boleh dikenakan ke atas pemandu berdasarkan jumlah mata demerit terkumpul.


⦿ Untuk pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Peringkat Mata Terkumpul Tindakan / Hukuman Tempoh Gantung
Pertama 20 mata pertama Amaran ---
Kedua 20 mata kedua Gantung lesen kali pertama 6 - 8 bulan
20 mata ketiga Gantung lesen kali kedua 8 - 10 bulan
20 mata keempat Gantung lesen kali ketiga 10 - 12 bulan
Ketiga   Batal lesen (setelah 3 kali penggantungan dalam tempoh 5 tahun) ---

⦿ Untuk pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Peringkat Mata Terkumpul Tindakan Tempoh Gantung
Pertama 20 mata pertama Gantung lesen ---

sistem mata demerit KEJARA tindakan gantung dan batal lesen


Jadual Mata Demerit KEJARA

Terdapat 23 kesalahan terjadual yang disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017.

Senarai kesalahan jalan raya dan mata demerit sistem KEJARA adalah seperti berikut. (Mata demerit akan diberikan kepada pemandu kenderaan dan bukan kepada pemilik kenderaan).

Jadual ini akan dikemaskini dari masa ke masa.

No Kesalahan Jalan raya Mata Demerit
Pemandu selain dari kenderaan barangan dan bas Pemandu kenderaan barangan dan bas
1 Memandu melebihi had laju
- Melebihi 40 km/j 4 6
- Melebihi 25 ke 40 km/j 3 5
- Melebihi 1 ke 25 km/j 2 4
2 Gagal mematuhi lampu isyarat merah 4 6
3 Memotong di garisan berkembar akan dikemaskini akan dikemaskini
4 Memandu di lorong kecemasan
5 Membawa lebih muatan
6 Memandu dalam keadaan mabuk
7 Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
8 Tidak memakai tali pinggang keledar
9 Tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal
10 Mengabaikan arahan polis atau JPJ

Anda boleh membuat semakan mata demerit di portal JPJ untuk mengetahui jumlah terkumpul mata demerit anda.

Semoga info mengenai sistem AwAS dan mata demerit ini bermanfaat buat pembaca semua khususnya para pemandu. Maklumat lanjut sistem KEJARA boleh dibaca di sini dan di sini.