Cara Membuat Laporan Kesalahan Trafik

Cara membuat aduan kesalahan jalan raya ke JPJ. Orang awam boleh melaporkan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya terus ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sekiranya anda menyaksikan kesalahan trafik sedang dilakukan, bertindaklah secara bijak dengan membuat aduan terus JPJ.

Antara contoh kesalahan trafik yang boleh dilaporkan ialah:

  • Menyalahgunakan lorong kecemasan
  • Mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Memotong barisan (potong que) di jalan raya

Cara Melapor Kesalahan Trafik

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat laporan kesalahan trafik yang disarankan oleh JPJ:

  1. Hantar emel kepada aduantrafik@jpj.gov.my
  2. Masukkan butiran pengadu:
    • Nama penuh dan nombor kad pengenalan / MyKad, alamat surat menyurat dan nombor telefon.
  3. Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
    • Laporan ringkas aduan dan jenis kenderaan.
    • Tarikh, masa dan lokasi kejadian

      – sebaiknya aktifkan Location tags pada setting aplikasi kamera agar maklumat masa, tarikh dan lokasi direkod pada gambar yang diambil secara automatik.

    • Nombor pendaftaran kenderaan

      - Pastikan nombor plat kenderaan jelas dari posisi gambar diambil.

    • Salinan foto, video atau dokumen berkaitan

      – pastikan bukan pemandu yang ambil gambar / rakam video. Penumpang boleh guna telefon utk ambil gambar / buat rakaman video. Kalau ada dashcam lagi bagus.

  4. JPJ akan mengeluarkan Notis 114 iaitu notis temu siasat pada pemilik kenderaan untuk memberi keterangan lanjut berhubung dengan kesalahan yang dilakukan.
  5. Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

laporan kesalahan trafik

Semoga info mengenai cara membuat aduan kesalahan jalan raya kepada JPJ ini bermanfaat buat para pembaca khasnya pemandu yang prihatin tentang keselamatan pengguna jalan raya.

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia