Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019

|  2 comments

Jadual peperiksaan PT3 2019. Berikut dikongsikan jadual waktu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2019 untuk rujukan ibu bapa dan pelajar. Jadual dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, mengendungi butiran waktu dan tarikh peperiksaan, kod dan nama kertas (mata pelajaran), masa dan jenis instrumen pentaksiran.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dilaksana menggunakan 3 jenis instrumen (dapatkan format baharu soalan/ instrumen PT3 di sini), iaitu:

  1. Ujian tugasan

    Untuk mata pelajaran Seni Visual, Seni Tari, Seni Muzik dan Seni Teater.

  2. Ujian lisan

    Melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (ujian lisan Bertutur dan ujian lisan Mendengar), Hifz Al-Quran (ujian lisan Hafazan), Maharat Al-Quran (ujian lisan Tilawah) dan Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah (LAM).

  3. Peperiksaan/Ujian bertulis

    Melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Islam, Mathematics, Science, Kemahiran Hidup Bersepadu, Maharat Al-Quran, Usul Al-Din dan Al-Syariah dan Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah.

Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 2019


Jadual Waktu PT3 Untuk 2019 (calon biasa)

Sila klik pada gambar untuk paparan jadual yang lebih besar/jelas.


⦿ Tugasan, Ujian Lisan Bertutur, Tilawah dan Hafazan

jadual PT3 2019 tugasan bertutur tilawah hafazan


⦿ Ujian Lisan Mendengar

jadual PT3 2019 ujian lisan mendengar


⦿ Ujian Bertulis

jadual PT3 2019 bertulis

jadual PT3 2019 ujian bertulis 1

jadual PT3 2019 ujian bertulis 2

jadual PT3 2019 ujian bertulis 3

Sila klik pautan yang berkenaan di bawah untuk download fail pdf jadual waktu penuh PT3 2019.

Untuk menjawab kertas-kertas soalan trial, sila layari Koleksi Soalan Percubaan PT3.

Semoga maklumat Jadual Peperiksaan PT3 2019 (Pentaksiran Tingkatan 3) ini berguna buat pelajar tingkatan tiga dalam membuat persedian untuk menghadapi pentaksiran dan menjawab soalan peperiksaan PT3 nanti.

Baca juga:

2 comments

rinaa

rinaa

08 Ogos, 2016 23:46
ia membantuuu..terima kasihh
Tanpa Nama

Tanpa Nama

10 Oktober, 2016 18:51
sangat membantu terima kasih :))
Ulasan ditutup