Semakan Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2018

Tarikh dan semakan keputusan PT3 2018. Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) biasanya akan keluar pada bulan Disember setiap tahun. Tarikh rasmi pengumuman keputusan PT3 2018 akan dikemaskini sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan PT3

Tarikh pengumuman dan serahan keputusan PT3 2018 ialah pada bulan Disember 2018. Tarikh rasmi pengumuman akan dikemaskini bila ia diumumkam KPM.


Semakan Keputusan PT3 2018 Online Dan SMS

Untuk makluman, tiada perkhidmatan semakan secara online atau semakan melalui SMS disediakan untuk keputusan PT3.

Keputusan PT3 tahun 2018 hanya boleh diperolehi di sekolah bermula jam 10.00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Calon hendaklah hadir sendiri ke sekolah masing-masing dengan berpakaian seragam sekolah untuk mengambil slip keputusan penuh peperiksaan PT3.

semakan check result keputusan peperiksaan PT3 online dan SMS


Semakan Semula Keputusan PT3

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan PT3 yang diterima, boleh memohon untuk penyemakan semula dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengeluaran keputusan. Permohonan semakan semula hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang boleh didapati di sekolah masing-masing.

Semoga maklumat ini berguna buat ibu bapa dan adik-adik yang sudah tidak sabar nak check result PT3 masing-masing.