SAPS Ibu Bapa: Semak Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Ibubapa 2023. Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah rendah dan sekolah menengah boleh membuat semakan keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak secara online - Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun, serta peperiksaan percubaan UPSR, PT3 dan SPM.

Semakan keputusan ujian/peperiksaan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sistem ini membolehkan ibubapa menyemak mana-mana slip keputusan dan markah peperiksaan anak mereka yang tersimpan dalam pangkalan data SAPS, tanpa perlu login ke dalam sistem.

Nota: Keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, STAM dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS NKRA. Walaubagaimanapun, semakan keputusan UPSR, SPM, STAM dan SPMU secara online boleh dibuat di laman semakan Lembaga Peperiksaan dan boleh juga disemak melalui SMS. Keputusan PT3 hanya boleh diambil di sekolah.

SAPS Semakan Ibu Bapa menyediakan semakan bagi murid Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Selain tahun semasa, aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan bagi tahun-tahun lepas.

semakan SAPS ibu bapa

Pastikan semakan dibuat setelah keputusan peperiksaan siap dikemaskini / markah selesai diisi oleh guru-guru yang terlibat. Sila hubungi pihak sekolah untuk mengetahui tarikh mula semakan keputusan peperiksaan.

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan:

  1. Klik pautan berikut untuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa:

    sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

  2. Lakukan CARIAN MURID.

    Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space), kemudian klik butang “Cari”. Sekiranya akses tidak berjaya, ibubapa perlu memaklumkan kepada guru kelas untuk tindakan selanjutnya.

    SAPS ibu bapa laman web login

  3. Kemudian lakukan CARIAN SEKOLAH.

    Pilih negeri, kemudian klik butang “Cari Di Sini” untuk memilih sekolah pelajar. Senarai nama sekolah akan dipaparkan. Klik pada pautan nama sekolah yang berkenaan.

  4. Klik butang “Semak”, dan anda akan dibawa ke menu utama seperti paparan di bawah:

    SAPS ibu bapa menu utama

  5. Klik pada dropdown menu untuk memilih tahun peperiksaan.
  6. Kemudian pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3, SPM dan sebagainya.

    SAPS ibu bapa sub menu utama

  7. Akhir sekali:
    • Klik butang “Papar Slip Keputusan” untuk menyemak slip keputusan peperiksaan (dalam bentuk pdf yang boleh didownload) yang mengandungi keputusan terperinci ujian / peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas / darjah / tingkatan, peratusan dan sebagainya.
    • Atau klik butang “Papar Markah Peperiksaan” untuk menyemak analisis keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.
  8. SAPS ibu bapa sub menu utama 1

Semoga perkhidmatan semakan online SAPS Ibu Bapa ini dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Baca juga: