SAPS Ibu Bapa: Semakan Kedudukan Dalam Kelas

Semakan kedudukan dalam kelas secara online melalui SAPS Ibu Bapa 2023. Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan kedudukan mereka dalam kelas dengan mudah tanpa perlu hadir ke sekolah dan berjumpa dengan guru.

Semakan kedudukan dalam kelas boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibu Bapa. Sistem ini akan memaparkan keputusan peperiksaan yang mana di dalamnya ada menyatakan Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT).

SAPS Ibu Bapa menyediakan semakan bagi kedua-dua sekolah rendah (Darjah 1 hingga Darjah 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5).

Cara Semak Kedudukan Dalam Kelas

SAPS ibu bapa kedudukan kelas login

Contoh slip keputusan peperiksaan memaparkan kedudukan dalam kelas

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat semakan:

  1. Klik pautan berikut untuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa:

    sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar, kemudian klik butang “Cari”.

    SAPS ibu bapa laman web

  3. Pilih negeri, kemudian klik butang “Cari Di Sini” untuk memilih sekolah murid. Senarai nama sekolah akan dipaparkan. Klik pada pautan nama sekolah anak anda.
  4. Klik butang “Semak”, dan anda akan dibawa ke menu utama Semak Slip Peperiksaan pelajar:

    SAPS ibu bapa kedudukan kelas

  5. Klik pada dropdown menu untuk memilih tahun peperiksaan.
  6. Kemudian pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan sebagainya.
  7. SAPS ibu bapa kedudukan kelas 2020

  8. Akhir sekali untuk menyemak kedudukan dalam kelas (KDK) dan kedudukan dalam darjah / tingkatan, klik:
    • Butang “Papar Slip Keputusan” untuk papar/download slip keputusan peperiksaan yang anda pilih.
    • Atau butang “Papar Markah Peperiksaan” untuk menyemak keputusan bagi semua peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

    Kedua-dua laporan di atas mengandungi maklumat kedudukan dalam kelas dan kedudukan dalam darjah / tingkatan anak anda.

Semoga maklumat semakan SAPS Ibu Bapa kedudukan dalam kelas ini sedikit-sebanyak dapat membantu para ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Baca juga: