Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021

Jadual waktu rasmi terkini peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2021 untuk panduan murid dan ibu bapa.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 akan dilaksanakan pada Mac tahun 2022. Ianya selaras dengan perlaksanaan Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 pada bulan Januari dan Februari 2022.

[Baharu] Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2022

Menurut Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, peperiksaan bertulis SPM 2021 akan diadakan mulai 2 Mac hingga 20 Mac 2022.

Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Tahun 2021

Jadual waktu peperiksaan bertulis SPM ini memaklumkan tarikh peperiksaan (exam date), masa peperiksaan, kod, nama kertas peperiksaan dan maklumat peperiksaan.

Jadual ini akan dikemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2021

⦿ 2, 3, 6 dan 7 Mac 2022: Kesusasteraan Melayu/ Inggeris/ Cina/ Tamil, Bahasa Melayu, Prinsip Perakaunan, Geografi, Bahasa Inggeris, Tasawwur Islam Dan Lain-lain

jadual waktu peperiksaan SPM 2021

⦿ 8, 9, 10 dan 11 Mac 2022: Matematik, Matematik Tambahan, Sains Komputer, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Punjabi, Pertaian dan Lain-lain

jadual waktu peperiksaan SPM 2021

⦿ 13, 14, 15 dan 16 Mac 2022: Pendidikan Muzik, Reka Cipta, Sains, Fizik, Sains Rumah Tangga, Biologi, Perniagaan, Sains Sukan, Pengajian Kejuruteraan Dan Lain-lain

jadual waktu peperiksaan SPM 2021

⦿ 17 & 18 Mac 2022: Kimia, Sains Tambahan, Pengajian Keusahawanan, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai Dan Lain-lain

jadual waktu peperiksaan SPM 2021 Page 4

⦿ 20 Mac 2022: Ekonomi, Lukisan Kejuruteraan, Pendawaian Dan Lain-lain

jadual waktu peperiksaan SPM 2021

Jadual waktu peperiksaan SPM 2021 terkini (termasuk Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan) boleh di muat turun di sini.

Jadual Waktu Ujian Bertutur, Mendengar dan Amali Sains SPM 2021

Jadual waktu Ujian Bertutur Bahasa Melayu/Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Melayu/Inggeris dan Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan) SPM 2021 boleh dimuat turun di sini.

Semoga perkongsian jadual peperiksaan SPM ini berguna untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2021. Kerapkan ulangkaji dan perbanyakkan latihan menggunakan koleksi Soalan Percubaan SPM SBP dan MRSM dan Soalan Percubaan SPM Negeri.

Good luck dan semoga berjaya.