Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan 2021/2022 (Terkini)

Maklumat mengenai kalendar atau takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah sesi 2021/2022 (school holidays 2021 Malaysia). Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini menyatakan tarikh-tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal, tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan, jumlah hari persekolahan dan jumlah hari cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tarikh-tarikh ini penting buat pihak sekolah dan guru dalam merancang aktiviti murid semasa penggal persekolahan. Bagi ibu bapa pula, takwim ini akan dapat membantu mereka merancang jadual tuisyen, percutian bersama anak-anak, kenduri, serta aktiviti balik kampung semasa cuti sekolah.

[Baharu] Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2022/2023

Maklumat Terkini Penggal Persekolahan 2021

Berikut adalah maklumat pindaan terkini oleh Kementerian Pendidikan mengenai kemasukan murid ke sekolah untuk tahun 2021 berikutan penularan wabak COVID-19.

Maklumat terkini 15 Nov 2021

Kalendar sesi persekolahan Penggal 3 Sesi 2021/2022 telah diumumkan oleh KPM. Ia adalah seperti berikut:

persekolahan penggal 3 2021/2022 kumpulan A

persekolahan penggal 3 2021/2022 kumpulan B

Untuk maklumat penjadualan peperiksaan tahun 2021, sila rujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2021 dan Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2021.

Maklumat terkini 6 Jun 2021

kemaskini penggal persekolahan 2021

Maklumat terkini 8 Nov 2020

kemaskini kemasukan murid penggal persekolahan 2021

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan 2021 Kumpulan A

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

penggal persekolahan 2021 kumpulan A

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan 2021 Kumpulan B

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

penggal persekolahan 2021 kumpulan B

Hari Ganti Persekolahan

Hari ganti adalah hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh Pendaftar. Hari ganti persekolahan boleh diambil daripada mana-mana hari Sabtu minggu ke-2 atau ke-4 dalam mana-mana bulan pada tahun 2021 jika guru besar atau pengetua mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dari satu ratus sembilan puluh (190) hari.

Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2021

Disamping cuti penggal dan cuti pertengahan & akhir tahun, sekolah juga diperuntukkan cuti sempena hari-hari perayaan oleh KPM. Cuti ini tidak perlu diganti.

Berikut adalah jadual cuti perayaan melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak bagi sesi persekolahan tahun 2021.

cuti perayaan 2021

Sila klik pautan ini untuk muat turun fail rasmi Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan 2021 dan Cuti Perayaan KPM 2021 dalam bentuk pdf.

Semoga perkongsian info tentang takwim penggal persekolahan sesi 2021 ini bermanfaat buat para guru, ibu bapa, penjaga dan pelajar.