Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2022

Jadual waktu rasmi peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun 2022. Berikut dikongsikan maklumat jadual waktu peperiksaan STAM tahun 2022 yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk panduan murid dan ibu bapa.

Peperiksaan bertulis STAM 2022 dijadualkan berlangsung pada Januari 2023. Ianya selaras dengan perlaksanaan Sesi Persekolahan Penggal 3 2022/2023 yang berakhir pada bulan Mac 2023.

Peperiksaan akan berlangsung selama tujuh hari iaitu bermula 16 Januari hingga 2 Februari 2023.

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis STAM 2022 untuk calon biasa. Jadual ini memaparkan tarikh, waktu peperiksaan bermula, tempoh masa peperiksaan, kod kertas, nama kertas dan arahan khas.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2022

⦿ 16, 17, 18, 19, 30, 31 Januari dan 2 Februari 2023: Hifz Al-Quran dan Tajwid, Insya' dan Mutala'ah, Tafsir dan Ulumuhu, Hadith dan Mustolah, Balaghah, Adab dan Nusus, 'Arudh dan Qafiyah, Tauhid dan Mantiq, Fiqh, Nahu dan Sarf

jadual waktu peperiksaan STAM 2022

Fail pdf jadual waktu lengkap bagi peperiksaan STAM 2022 boleh dimuat turun di sini. Jadual peperiksaan STAM ini memperincikan tarikh, masa dan tempoh ujian, nama dan kod kertas, arahan khas serta jadual masa tambahan bagi calon berkeperluan khas. Ia juga mengandungi arahan-arahan kepada Jabatan pendidikan Negeri (JPN), Pengetua, Ketua Pengawas Peperiksaan serta arahan, amaran, larangan dan peringatan kepada Calon Peperiksaan.

Semoga jadual di atas berguna untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022. Jaga solat dan perbanyakkan berdoa, In Shaa Allah berjaya.