Tarikh Bantuan Awal Persekolahan 2023

Tarikh pembayaran bantuan awal sekolah tahun 2023.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2023 bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. BAP bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang dihadapi oleh ibu bapa atau penjaga murid menjelang permulaan sesi persekolahan pada awal tahun.

Nilai bantuan BAP 2023 adalah sama bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, iaitu RM150 untuk setiap pelajar.

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan 2023 akan diberikan kepada semua murid berikut tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024.
  • Murid bersekolah di:
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

Tarikh Agihan Bantuan Awal Persekolahan

Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan mula disalurkan ke akaun sekolah pada 12 Januari 2023. Pihak sekolah diminta mengagihkan BAP secara tunai atau mengkreditkan ke dalam akaun murid sebaik sahaja menerima peruntukan itu.

Sebarang maklumat baharu tarikh pembayaran Bantuan Awal Persekolahan akan kami kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan.

bantuan awal sekolah rendahdan menengah RM150 2023

Semoga info syarat serta tarikh agihan Bantuan Awal Persekolahan 2023 ini bermanfaat buat para pembaca.