Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2022/2023

Maklumat mengenai kalendar akademik atau takwim sesi persekolahan dan cuti sekolah sesi 2022/2023 (school holidays 2022/2023 Malaysia). Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini menyatakan tarikh-tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal, tarikh cuti sekolah dan cuti perayaan, jumlah hari persekolahan dan jumlah hari cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

[Baharu] Takwim Persekolahan Sesi 2023/2024

Tarikh-tarikh ini penting buat pihak sekolah dan guru dalam merancang aktiviti murid semasa penggal persekolahan. Bagi ibu bapa pula, takwim ini akan dapat membantu mereka merancang jadual tuisyen, percutian bersama anak-anak, kenduri, serta aktiviti balik kampung semasa cuti sekolah.

Untuk maklumat tentang cuti umum tahun 2022 Malaysia, sila layari Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2022.

Kalendar persekolahan dibahagikan mengikut kumpulan, seperti berikut:

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2022/2023 Kumpulan A

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

penggal persekolahan 2022/2023 kumpulan A

Nota: Cuti Akhir Persekolahan dilanjutkan ke 18 Mac 2023 bagi Kumpulan A.

Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan Sesi 2022/2023 Kumpulan B

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

penggal persekolahan 2022/2023 kumpulan B

Nota: Cuti Akhir Persekolahan dilanjutkan ke 19 Mac 2023 bagi Kumpulan B.

Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2022/2023

Disamping cuti penggal dan cuti pertengahan & akhir tahun, sekolah juga diperuntukkan cuti sempena hari-hari perayaan oleh KPM. Cuti ini tidak perlu diganti.

Berikut adalah jadual cuti perayaan melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan dan Hari Gawai Dayak bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023.

cuti perayaan 2022/2023

Sila klik pautan ini untuk muat turun fail pdf rasmi Takwim Penggal Dan Cuti Persekolahan bagi Penggal 3 Sesi 2021/2022 dan Sesi 2022/2023 serta Cuti Perayaan KPM sesi 2022/2023.

Semoga perkongsian info tentang takwim penggal persekolahan KPM sesi 2022/2023 ini bermanfaat buat para guru, ibu bapa, penjaga dan pelajar.