Jadual Dan Keputusan Terkini Piala Malaysia 2021 Akhir

Jadual siaran langsung, live-score dan keputusan terkini perlawanan akhir Piala Malaysia 2021. Berikut adalah jadual siaran langsung, pautan live streaming (jika ada), live score, dan keputusan terkini final Piala Malaysia 2021 khas buat peminat bola sepak tanahair.

16 pasukan akan bertarung untuk merebut Piala Malaysia 2021 iaitu 11 pasukan teratas dari Liga Super dan 5 pasukan teratas dari Liga Premier berdasarkan kedudukan setelah tamatnya pusingan pertama musim 2021.

Pasukan-pasukan yang layak menyertai Piala Malaysia edisi ke-95 ini adalah Perak FC, Johor Darul Ta'zim, Sri Pahang FC, Selangor FC, Kedah Darul Aman FC, Melaka United FC, Terengganu FC, PJ City FC, Kuching City FC, Sarawak United FC FA, Negeri Sembilan FC (tarik diri), Penang FC, Kuala Lumpur City FC, Kelantan FC, Kelantan United FC dan Sabah FC.

Juara bertahan Piala Malaysia ialah pasukan Johor Darul Ta'zim (2019). Piala Malaysia edisi ke-94 (tahun 2020) telah dibatalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana wabak COVID-19.

Pasukan mana yang akan mara ke pentas akhir nanti dan pasukan mana pula akan menjulang trofi selaku juara Piala Malaysia 2021? Sama-sama kita saksikan.

Jadual Siaran Langsung Dan Live Score Piala Malaysia 2021

Berikut adalah jadual, keputusan live score, serta saluran siaran langsung untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. Sila refresh page untuk paparan keputusan jaringan terkini.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Tarikh Status Pasukan Tuan Rumah Masa / Skor Pasukan Pelawat Siaran Langsung & Live Stream
30 Nov 2021 Tamat Kuala Lumpur City FC 2 - 0 Johor Darul Ta'zim TV1, Sukan RTM, unifi Sports, YouTube unifi

jadual dan keputusan piala malaysia 2021

Semoga maklumat mengenai jadual siaran langsung dan live score Piala Malaysia 2021 bermanfaat buat para pembaca. Majulah sukan untuk negara.

Sila tekan Ctrl + D untuk bookmark.

Entri berkaitan: