Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank

Cara-cara link akaun Tabung Haji ke kad ATM Maybank. Mendaftar akaun Tabung Haji ke kad ATM Maybank akan menghubungkan akaun Tabung Haji anda dengan semua akaun Maybank anda yang menggunakan kad ATM yang sama.

Ia akan membolehkan anda melakukan transaksi akaun Tabung Haji seperti semakan baki dan pindahan menerusi mesin ATM/CDM serta secara online melalui Maybank2u. Ini memudahkan dan menjimatkan masa kerana anda tidak perlu hadir sendiri di kaunter Tabung Haji. Lagipun anda tidak dihadkan dengan kekangan waktu pejabat.

[Baharu] Anda juga boleh melakukan pelbagai urusan Tabung Haji secara online menerusi THiJARI

Senarai Perkhidmatan TH Menerusi ATM Dan Maybank2u

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan melalui mesin ATM Maybank dan juga secara online melalui portal Maybank2u.com atau aplikasi mobile Maybank2u:

  • Keluarkan duit tunai Tabung Haji menerusi ATM Maybank
  • Deposit / simpanan duit tunai ke akaun Tabung Haji di CDM Maybank
  • Pindah duit (online transfer) antara akaun Maybank dan Tabung Haji
  • Pindah duit antara akaun Tabung Haji anda dan Tabung Haji pihak ketiga
  • Semak baki akaun Tabung Haji
  • Pengaktifan (link) Kad ATM menerusi ATM Maybank
  • Daftar haji

Setiap transaksi akan dicaj RM1 kecuali semakan baki, pengaktifan (link) kad ATM dan daftar haji (percuma).

Bagaimana Nak Hubungkan Tabung Haji Dengan Maybank

Akaun Tabung Haji dapat dihubungkan dengan akaun Maybank anda dengan mendaftar akaun Tabung Haji ke kad ATM Maybank. Proses pendaftaran ini adalah percuma, dan ia hanya boleh dilakukan di mesin ATM Maybank.

Berikut adalah langkah-langkah mendaftar akaun TH anda di ATM Maybank. Pastikan anda membawa kad ATM Maybank dan buku akaun Tabung Haji (jika ada) semasa mendaftar:

  1. Masukkan kad ATM Maybank anda dan masukkan nombor pin seperti biasa.

    link maybank ke tabung haji

  2. Pilih menu "TABUNG HAJI".

    link maybank ke akauntabung haji

  3. Pilih menu "DAFTAR AKAUN TH KE ATM KAD".

    link tabung haji ke maybank2u

  4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda. Kemudian tekan “YA” untuk ke skrin seterusnya.

    link maybank ke TH 4

  5. Masukkan nombor siri buku akaun TH anda. (Nombor siri buku akaun Tabung Haji ada tertulis pada muka surat belakang buku akaun).

    Jika tiada buku akaun, masukkan "000000000".

    Kemudian tekan “YA”.

    link kad maybank ke tabung haji anak

  6. Nombor akaun dan nombor siri buku akaun TH anda akan dipaparkan. Tekan ”YA” untuk pengesahan.
  7. Sistem akan memproses transaksi, dan akan mengeluarkan slip sekiranya berjaya.

Setelah berjaya link akaun sendiri (primary) ke kad ATM Maybank, anda bolehlah pula link akaun Tabung Haji anak-anak (secondary) yang dibuka atas nama anda.

Untuk mendaftar akaun Tabung Haji anak, ulangi langkah-langkah yang hampir sama seperti di atas, cuma di langkah 3 pilih “DAFTAR AKAUN KANAK-KANAK TH KE ATM KAD”. Selain dari nombor akaun dan nombor buku Tabung Haji, anda juga perlu memasukkan nombor IC anak.

Selain Maybank, pendaftaran (link) akaun TH juga boleh dilakukan ke kad ATM Bank Islam, Bank Rakyat dan CIMB. Proses pendaftaran (link) adalah sama iaitu perlu kemaskini maklumat nombor akaun dan no siri buku Tabung Haji di ATM bank terbabit.

Semoga panduan mengenai cara link akaun Tabung Haji dengan kad ATM Maybank ini bermanfaat buat semua pembaca khususnya pendeposit Tabung Haji yang juga pemilik akaun Maybank.