Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

Cara-cara link akaun Tabung Haji ke kad ATM Bank Islam. Berikut kami kongsikan cara menghubungkan akaun Tabung Haji dengan kad ATM Bank Islam.

Setelah akaun Tabung Haji dan Bank Islam anda dihubungkan, anda boleh melakukan transaksi akaun Tabung Haji menerusi mesin ATM Bank Islam, kaunter Bank Islam serta secara online melalui perbankan internet Bank Islam / BIMB Online (di pautan www.bankislam.biz).

Perkhidmatan ini akan memudahkan dan menjimatkan masa kerana anda tidak perlu hadir ke kaunter Tabung Haji untuk melakukan transaksi/urusan akaun Tabung Haji. Tambahan pula anda tidak perlu mengejar masa kerana transaksi ATM dan perbankan internet boleh dilakukan di luar waktu pejabat.

[Baharu] Anda juga boleh melakukan pelbagai urusan Tabung Haji secara online di laman web THiJARI

Senarai Perkhidmatan TH Menerusi ATM Dan Perbankan Internet Bank Islam

Berikut adalah senarai perkhidmatan berkaitan Tabung Haji yang ditawarkan menerusi mesin ATM Bank Islam, kaunter Bank Islam dan juga secara online melalui portal BIMB Online:

  • Keluarkan duit tunai Tabung Haji
  • Deposit / simpan duit tunai ke akaun Tabung Haji
  • Pindah duit (online transfer) antara akaun Bank Islam dan Tabung Haji
  • Pindah duit antara akaun Tabung Haji anda dan Tabung Haji pihak ketiga
  • Semak baki akaun Tabung Haji
  • Mini Penyata Akaun Tabung Haji (kaunter dan online sahaja)
  • Daftar haji
  • Semakan Pendaftaran Haji (online sahaja)
  • Pengaktifan (link) kad ATM
  • Pembatalan (de-link) kat ATM (kaunter dan online sahaja)

Setiap transaksi akan dicaj RM1 kecuali semakan baki, link dan de-link kad ATM, daftar haji, semakan pendaftaran haji dan mini penyata akaun TH (percuma).

Bagaimana Nak Hubungkan Tabung Haji Dengan Bank Islam

Akaun Tabung Haji dapat dihubungkan dengan akaun Bank Islam anda dengan mendaftar akaun Tabung Haji ke kad ATM Bank Islam. Proses pendaftaran ini adalah percuma, dan ia boleh dilakukan di kaunter Bank Islam, mesin ATM Bank Islam atau melalui BIMB online.

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mendaftar akaun TH anda melalui ATM Bank Islam. Pastikan anda membawa kad ATM Bank Islam dan buku akaun Tabung Haji semasa mendaftar:

  1. Masukkan kad ATM Bank Islam anda dan masukkan nombor pin seperti biasa.

    cara hubungkan Bank Islam ke tabung haji

  2. Pilih menu "TABUNG HAJI".

    link Bank Islam ke akaun tabung haji

  3. Pilih menu "DAFTAR AKAUN TH-SENDIRI".

    link bank islam ke tabung haji

  4. Masukkan nombor kad pengenalan anda. Kemudian tekan "TEKAN JIKA BETUL" untuk ke skrin seterusnya.

    link kad bank islam ke tabung haji anak

  5. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda. Kemudian tekan “TERUSKAN” untuk ke skrin seterusnya.

    link kad ATM bank islam ke tabung haji anak

  6. Nombor akaun TH anda akan dipaparkan. Tekan "SAHKAN" untuk pengesahan. Selesai.

    link kad bank islam ke tabung haji anak

Setelah berjaya link akaun sendiri (primary), anda bolehlah pula link akaun Tabung Haji anak-anak (secondary) yang dibuka atas nama anda. Untuk mendaftar akaun Tabung Haji anak, ulangi langkah-langkah yang hampir sama seperti di atas, cuma di langkah 3 pilih “DAFTAR AKAUN TH-ANAK”.

Selain Bank Islam, pendaftaran (link) akaun TH juga boleh dilakukan ke kad ATM Maybank, Bank Rakyat dan CIMB. Proses pendaftaran (link) adalah hampir sama.

Semoga panduan mengenai cara link akaun Tabung Haji dengan kad ATM Bank Islam ini bermanfaat buat semua pembaca khususnya pendeposit Tabung Haji dan pelanggan Bank Islam.