Cara Link Tabung Haji Dengan Kad ATM CIMB

Cara-cara nak link kad ATM CIMB Debit Mastercard dengan akaun Tabung Haji. Mendaftar akaun Tabung Haji ke kad ATM CIMB akan menghubungkan akaun Tabung Haji anda dengan akaun CIMB anda yang menggunakan kad ATM berkenaan.

Ia akan membolehkan anda melakukan transaksi Tabung Haji menerusi mesin ATM dan CDM CIMB. Ini memudahkan dan menjimatkan masa kerana anda tidak perlu hadir sendiri di kaunter Tabung Haji. Lagipun anda tidak dihadkan dengan kekangan waktu pejabat.

Bagaimana Nak Hubungkan Tabung Haji Dengan CIMB

Akaun Tabung Haji dapat dihubungkan dengan akaun CIMB anda dengan mendaftar akaun Tabung Haji ke kad ATM CIMB. Proses pendaftaran ini adalah percuma, dan ia hanya boleh dilakukan di mesin ATM CIMB. Link akaun TH hanya boleh dilakukan kepada kad ATM CIMB pemilik akaun sendiri sahaja.

Berikut adalah langkah-langkah mendaftar akaun TH di ATM CIMB. Pastikan anda membawa kad ATM CIMB dan buku akaun Tabung Haji semasa mendaftar:

  1. Masukkan kad CIMB Debit Mastercard anda dan masukkan nombor pin seperti biasa.

    link CIMB ke tabung haji

  2. Dalam menu utama, pilih "LAIN-LAIN".

    link CIMB ke akaun tabung haji

  3. Pilih menu "TABUNG HAJI (TH)". Kemudian pilih "PAUTAN AKAUN".

    link tabung haji ke CIMB

  4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda. Kemudian pilih "TEKAN JIKA BETUL".

    link CIMB ke TH 4

  5. Masukkan nombor siri buku akaun TH. (Nombor siri buku akaun Tabung Haji ada tertulis pada muka surat belakang buku akaun). Pilih "TEKAN JIKA BETUL" untuk meneruskan.
  6. Sistem akan memproses transaksi, dan akan mengeluarkan slip sekiranya berjaya.

Senarai Perkhidmatan TH Menerusi ATM CIMB

Bagi yang telah berdaftar, berikut adalah senarai perkhidmatan TH yang ditawarkan melalui mesin ATM CIMB:

  • Keluarkan duit tunai Tabung Haji
  • Semak baki akaun Tabung Haji
  • Pindah wang dari akaun CIMB ke akaun Tabung Haji sendiri
  • Pindah wang dari akaun CIMB ke akaun Tabung Haji pihak ketiga
  • Pindah wang dari akaun Tabung Haji ke akaun CIMB
  • Tukar had harian bagi pengeluaran dan pindahan wang

Senarai Perkhidmatan TH Menerusi CDM CIMB

Bagi yang telah berdaftar, berikut adalah senarai perkhidmatan TH yang ditawarkan melalui mesin CDM CIMB:

  • Semak baki akaun Tabung Haji
  • Deposit duit tunai ke akaun Tabung Haji

Setiap transaksi pengeluaran dan pindahan akan dicaj RM1.

Semoga panduan mengenai cara link akan Tabung Haji dengan kad ATM akaun CIMB ini bermanfaat but semua pembaca khususnya pendeposit Tabung Haji.

Selain CIMB, pendaftaran (link) akaun TH juga boleh dilakukan ke kad ATM Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank. Proses pendaftaran (link) adalah sama iaitu perlu kemaskini maklumat nombor akaun dan no siri buku Tabung Haji di ATM bank terbabit.