Semak Status Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia

|  5 comments

Di Malaysia, pencemaran udara atau jerebu dinilai berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) / Air Pollutant Index (API) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Semakin besar nilai bacaan IPU, semakin tinggi tahap pencemaran udara atau jerebu.

Indeks yang serupa dikenali dengan nama Pollutant Standards Index (PSI) di negara-negara lain seperti Singapura.

Kini anda boleh menyemak bacaan terkini IPU Malaysia secara live di MalaysiaTercinta.com.


Semakan Bacaan IPU Secara Online

Anda boleh menyemak bacaan IPU (atau dalam bahasa mudahnya indeks jerebu) bagi lokasi atau kawasan berhampiran anda secara (real-time) dengan menggunakan peta interaktif di bawah. Jika kawasan anda tidak tersenarai, sila navigate ke kawasan anda.

Warna pada bacaan merujuk kepada klasifikasi tahap IPU (tahap pencemaran). Untuk mengetahui kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia, padankan warna pada bacaan dengan jadual implikasi kesihatan di hujung post ini.

Untuk melihat perincian dan graf perubahan bacaan IPU sesuatu kawasan (berdasarkan stesen pemantauan kualiti udara terdekat), klik pada bacaan IPU untuk kawasan tersebut. Jika anda layari internet dari luar Malaysia, klik SINI untuk semak bacaan IPU Malaysia.


Klasifikasi Tahap IPU dan Kesan Terhadap Kesihatan

IPU Tahap Pencemaran Kesan-Kesan Terhadap Kesihatan
0 - 50 Baik Kualiti udara dianggap memuaskan, dan pencemaran udara menimbulkan sedikit atau tiada risiko
51 -100 Sederhana Kualiti udara boleh diterima, namun bagi sesetengah pencemar mungkin ada sedikit kebimbangan kesihatan untuk sejumlah kecil orang yang tersangat sensitif kepada pencemaran udara
101-150 Tidak sihat untuk kumpulan sensitif Ahli kumpulan-kumpulan sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan. Orang ramai berkemungkinan besar tidak akan terjejas.
151-200 Tidak sihat Setiap orang mungkin mula mengalami kesan kesihatan; ahli-ahli kumpulan yang sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan yang lebih serius.
201-300 Sangat tidak sihat Amaran kesihatan keadaan kecemasan. Berkemungkinan besar seluruh penduduk akan terjejas.
300+ Berbahaya Amaran kesihatan: semua orang boleh mengalami kesan kesihatan yang lebih serius.

Sila rujuk Langkah Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu dan Panduan Memilih Topeng Jerebu untuk tindakan menghadapi jerebu.

Semoga maklumat mengenai cara semakan indeks pencemaran udara IPU ini memudahkan para pembaca memantau kualiti udara di kawasan masing-masing.

Sumber: https://aqicn.org IPU indeks pencemaran udara

5 comments

yatty

yatty

19 Jun, 2014 17:16
Pembakaran terbuka harus di elak kan..;)
Tanpa Nama

Tanpa Nama

03 Oktober, 2015 12:33
Saya rasa sejak kebelakangan bacaan IPU yg ada diambil tidak seperti apa yg terjadi. Jerebu semakin tebal setiap jam. Tapi bacaan nya pada tahap sederhana.
Kami org ramai belum buta dalam menilai jerebu yg melanda kawasan kami.
Diharap pihak yg terlibat jujur dalam membuat penilaian.

Pada hemat saya yg kurang arif nie. Mgkin pihak yg terlibat tidak mahu timbulkan suasana panik dikalangan masyarakat. Tp org ramai zaman sekarang lebih peka terhadap isu semasa. Ketulusan amat kami hargai.
Unknown

Unknown

05 Oktober, 2015 00:54
Harap2 pembakaran terbuka dapat diatasi
Perihatin.

Perihatin.

05 Oktober, 2015 05:51
Setiap tahun berlaku perkara yg sama, dah seperti sambut ulangtahun jerebu pula cuma tahun ini agak meriah dari tahun sebelum.
Perihatin.

Perihatin.

05 Oktober, 2015 05:53
Setiap tahun berlaku perkara yg sama, dah seperti sambut ulangtahun jerebu pula cuma tahun ini agak meriah dari tahun sebelum.
Ulasan ditutup