Senarai Produk Komplementari Dan Alternatif Yang Diharamkan

Senarai terkini ubat tradisional yang diharamkan oleh KKM 2021. Berikut adalah senarai terkini Produk Komplementari dan Alternatif (dulu dikenali sebagai produk ubatan tradisional) yang telah diharamkan di Malaysia mulai tahun 2021. Produk-produk ini telah dibatalkan pendaftarannya oleh pihak berkuasa kerana mengandungi bahan kimia terlarang, termasuk racun berjadual.

Senarai ini dikeluarkan oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertanggungjawab menyelia pendaftaran ubat-ubatan dan notifikasi kosmetik.

Produk-produk tersenarai yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius jika digunakan/diambil.

Produk-produk ini tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini. Penjual dan pengedar produk-produk ini hendaklah menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta dan orang awam perlu mengelak daripada membeli dan menggunakannya.

Senarai Produk Komplementari dan Alternatif Yang Diharamkan KKM

(Dikemaskini pada 5 Jun 2021)

Berikut adalah senarai terkini produk Komplementari dan Alternatif yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh pihak berkuasa atas isu campurpalsu.

Sekiranya anda melayari laman ini menggunakan smartphone, sila bertukar ke mod landskap untuk paparan terbaik.

Pembatalan Dalam Tahun 2021

Bil Nama Produk No. Pendaftaran Nama/Alamat Pemegang Pendaftaran Nama/Alamat Pengilang Racun Yang Dikesan
1 PS 21 Capsule MAL15120007TC New Yee Wai Trading
F-A17, Paragon Point Shopping Complex,
Jalan Bunga Tanjung 8,
Taman Putra,
68000 Ampang Selangor
Ferno Industries Sdn. Bhd.
2206A, Jalan Kusta,
Kampong Jaya Industrial Area,
47000 Sungai Buloh Selangor
Simvastatin

Untuk senarai lama yang mengandungi pembatalan dari tahun 2008 sehingga 2020, sila layari Senarai Ubatan Tradisional Yang Diharamkan KKM Tahun 2008-2020.

Untuk senarai terkini produk ubatan tradisional atau produk komplementari dan alternatif yang telah dibatalkan pendaftaran disebabkan mengandungi bahan kimia terlarang, sila layari laman web Agensi Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency) di pautan ini.

Untuk kosmetik sila layari Senarai Terkini Kosmetik Yang Diharamkan.

Semoga maklumat ini berguna buat para pembaca. Syabas kepada anda yang menjaga kesihatan diri serta cakna kandungan ubat dan makanan tambahan yang anda ambil.