Senarai Terkini Kosmetik Beracun Yang Diharamkan KKM

Senarai kosmetik beracun/haram 2023. Berikut adalah senarai terkini kosmetik yang telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mulai tahun 2021 hingga kini. Produk-produk kecantikan ini telah dibatalkan notifikasinya* kerana mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual. Senarai ini dikeluarkan oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertanggungjawab menyelia pendaftaran ubat-ubatan dan notifikasi kosmetik.

Produk-produk kosmetik terlarang ini telah didapati mengandungi bahan kimia berbahaya, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik seperti Merkuri, Tretinoin, Hydroquinone dan Asid Azelaik. Para pengguna dinasihatkan untuk tidak membeli dan mengguna produk-produk ini kerana ia boleh menyebabkan kesan buruk yang serius.

Produk-produk berbahaya ini tidak lagi dibenarkan diimport, dikilang, diedar atau dijual di Malaysia.

Senarai kosmetik haram beracun

Senarai Kosmetik Yang Diharamkan KKM

Senarai Tahun 2023

Bil Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan
1 Flashhskinzz Night Cream Hydroquinone
2 Rissa Skin Moisturiser Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate
3 Karisma Turmeric Booster Cream Merkuri
4 Flashhskinzz Treatment Cream Merkuri
5 Flashhskinzz Moist Sunscreen Merkuri
6 Serene Treatment Cream Merkuri
7 Tempias Hawa Master Recovery Skin RSkin Merkuri
8 Karisma Preventing Day Cream Merkuri
9 SL Two Kunyit Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
10 SL Two Sarang Burung Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate

(Dikemaskini pada 24 Mac 2023)

Senarai Tahun 2022

Bil Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan
1 NP Beauty FM Cream Merkuri
2 NP Beauty FB Cream - 7g Merkuri
3 As's Beauty Night Cream Merkuri
4 LS Repairing Cream Merkuri
5 Luffiya Treatment Foundation Merkuri
6 Puteri Ratu Treatment Cream Merkuri
7 Flashh Treatment Cream Merkuri
8 Flashh Night Cream Hydroquinone
9 Biela Beauty Glowing Night Cream Merkuri
10 BL Skincare Day Cream 1 Hydroquinone dan Tretinoin
11 BL Skincare Day Cream 2 Merkuri
12 BL Skincare Night Cream Merkuri
13 Momila Beauty Whitening Cream Merkuri
14 Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate
15 Karisma Birds Nest Gel Hydroquinone dan Tretinoin
16 Haemun Cream Miconazole
17 Sweet 13 Skincare Treatment Cream Merkuri
18 NinaSkincare Skin Puteh Moisturizer Merkuri
19 Skin Dessert Cream Merkuri

Senarai Tahun 2021

Bil Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan
1 Beauty Sleep Treatment Cream Hydroquinone dan Tretinoin
2 Beauty Sleep Nite Cream Merkuri
3 Lana Radiance Night Cream Hydroquinone
4 Oxy Cream By Viprolabs

Clotrimazole

5 Zuya Skincare Night Treatment A Cream Merkuri
6 FS Turmeric Cream Merkuri dan Betamethasone 17-valerate
7 Beautywise Rejuvenating Cream Hydroquinone dan Tretinoin
8 Beautywise Rejuvenating Toner Hydroquinone dan Tretinoin
9 Deeja Cosmetic Yulai Cream Hydroquinone
10 Deeja Cosmetic Laila Cream Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate
11 Deluxe Beauty - Ultra Lightening Cream Pearl Perfect Fairness Merkuri
12 Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream Tretinoin
13 Skin Revolution - Acne Clearing Solution Clindamycin dan metronidazole
14 Luxe Lily Beauty Peeling Oil Hydroquinone
15 AILISI Acne Purifying Cream Clindamycin

Untuk senarai terperinci dan terkini produk kosmetik yang dibatalkan notifikasi atas isu campurpalsu, sila layari laman web Agensi Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency) di pautan ini.

Sila layari juga Senarai Produk Yang Diharamkan KKM (untuk produk termasuk makanan dan minuman) dan Senarai Ubatan Tradisional Yang Diharamkan KKM.

*Menurut laman web www.myhealth.gov.my,

Semua produk kosmetik yang dipasarkan di Malaysia perlu bernotifikasi dengan BPFK (sekarang NPRA), KKM sebelum produk tersebut boleh diimport, dikilang, diedarkan atau dijual di Malaysia. ... . Produk kosmetik yang bernotifikasi tidak bermaksud bahawa produk tersebut telah diluluskan oleh KKM. Notifikasi produk adalah proses dimana syarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik membuat pengisytiharan berkenaan maklumat produk kepada BPFK sebelum mereka memasarkan produk tersebut di pasaran Malaysia.

Semoga maklumat kesihatan ini berguna buat para pembaca.

Untuk senarai kosmetik beracun tahun-tahun lepas, sila layari Senarai Kosmetik Beracun Yang Diharamkan KKM (2008-2020).