Kadar Agihan Keuntungan Tabung Haji Sehingga 2020

Kadar agihan keuntungan Tabung Haji 2021 (untuk tahun kewangan 2020) dan tahun-tahun terdahulu.

Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) menikmati pendapatan/keuntungan tahunan untuk simpanan di dalam akaun Tabung Haji mereka. Pendapatan ini dikenali sebagai Hibah Pendeposit Agihan Keuntungan.

Bermula 2019 Tabung Haji memberi pulangan kepada pendeposit dalam bentuk Agihan Keuntungan, bukan lagi Hibah.

Pengumuman dan pembayaran Agihan Keuntungan TH biasanya dibuat pada suku pertama setiap tahun (Jan - Mac). Bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit.

Berbeza dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB), simpanan serta bonus di dalam Tabung Haji telah siap ditolak zakat, jadi dividen dan bonus TH bolehlah dianggap sebagai untung bersih tahunan.

Dividen Bonus Tabung Haji

Kadar Agihan Keuntungan Dividen Dan Bonus Tabung Haji

Berikut adalah senarai peratusan pendapatan pendeposit Tabung Haji sejak tahun 1994 sehingga kini untuk tatapan dan perbandingan.

Sebelum dikenali sebagai Agihan Keuntungan mulai tahun 2019, pendapatan pendeposit Tabung Haji adalah dalam bentuk hibah dan terpecah dua iaitu Hibah Tahunan dan Hibah Haji. Terdahulu daripada itu ia dikenali sebagai dividen dan bonus Tabung Haji.

Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember Kadar Agihan Keuntungan / Hibah (%) Kadar Hibah Haji (%)
2020 3.10 ---
2019 3.05 ---
2018 1.25 ---
2017 4.50 1.75
2016 4.25 1.50
2015 5.00 3.00
2014 6.25 2.00
2013 6.00 2.00
2012 6.50 1.50
2011 6.00 Tiada
2010 5.50 Tiada
2009 5.00 Tiada
2008 5.00 Tiada
2007 5.00 2.00
2006 4.75 Tiada
2005 4.50 Tiada
2004 4.30 Tiada
2003 4.00 Tiada
2002 3.50 Tiada
2001 3.25 Tiada
2000 5.50 Tiada
1999 8.00 Tiada
1998 8.00 Tiada
1997 9.50 Tiada
1996 9.50 Tiada
1995 9.50 Tiada
1994 9.50 Tiada

Pengiraan Dividen Dan Bonus Tabung Haji

Agihan Keuntungan Pendeposit Tabung Haji dikira untuk tempoh tahun kewangan bermula Januari hingga Disember setiap tahun. Cara kira Agihan Keuntungan TH adalah seperti berikut:

  • Agihan Keuntungan Tahunan (dividen) dikira berdasarkan purata baki simpanan terendah bulanan pendeposit bagi tahun kewangan akaun, yakni:

    Baki purata minima bulanan x Kadar Agihan Keuntungan Tahunan

  • Hibah Haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji sahaja. Kadarnya dikira ke atas baki purata minima bulanan namun terhad kepada kos menunaikan haji semasa (buat masa ini nilainya RM9,980), yakni:

    Baki purata minima bulanan x Kadar Hibah Haji

Semakan Pengkreditan Agihan Keuntungan Tabung Haji

Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan agihan keuntungan menerusi rakan-rakan strategik TH:

  • Kaunter-kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
  • Di ATM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB, atau
  • Secara dalam talian menerusi THiJARI dan portal internet Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Semoga maklumat dividen dan bonus Tabung Haji di atas bermanfaat untuk pembaca. Untuk mendaftar haji sila layari Daftar Haji Tanpa Deposit Dengan KWSP.