Dividen Dan Bonus ASB 2023

|  4 comments

Kadar dividen dan bonus ASB tahun 2023 dan tahun-tahun lepas. Pemegang Amanah Saham Bumiputera menikmati pendapatan / keuntungan pelaburan dalam bentuk dividen dan bonus tahunan.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu syarikat yang menguruskan dana ASB, lazimnya mengumumkan kadar agihan pendapatan (dividen) dan bonus ASB pada penghujung setiap tahun, di akhir bulan Disember.

Pembayaran atau tarikh keluar dividen dan bonus ASB biasanya pada awal bulan Januari. Pembayaran dibuat secara dimasukkan terus ke dalam akaun ASB pelabur. Pelabur boleh menyemak jumlah dividen dan bonus ASB secara online di portal MyASNB ataupun menerusi aplikasi MyASNB.

Dividen ASB Amanah Saham Bumiputra

Sejarah Kadar Dividen Dan Bonus ASB

Berikut kami senaraikan kadar dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera sejak ia dilancarkan pada tahun 1990 sehingga kini.

Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember Kadar Dividen ASB (sen/unit) Kadar Bonus ASB (sen/unit)
2023 4.25 1.00
2022 4.60 0.50
2021 4.25 0.75
2020 4.25 0.75 (hingga 30,000 unit pertama sahaja)
2019 5.00 0.50
2018 6.50 0.50
2017 7.00 0.25 + 1.00 (bonus ulangtahun - utk baki sehingga 10,000 unit sahaja)
2016 6.75 0.50
2015 7.25 0.50
2014 7.50 1.00
2013 7.70 1.00
2012 7.75 1.15
2011 7.65 1.15
2010 7.50 1.25
2009 7.30 1.25
2008 7.00 1.75
2007 8.00 1.00
2006 7.30 1.25
2005 7.25 1.75
2004 7.25 2.00
2003 7.25 2.00
2002 7.00 2.00
2001 7.00 3.00
2000 9.75 2.00
1999 8.50 1.50 + 2.00 (bonus istimewa)
1998 8.00 2.50
1997 10.25 1.25
1996 10.25 3.00
1995 10.00 3.00
1994 9.50 4.50
1993 9.00 4.50
1992 7.50 5.00
1991 8.50 4.00
1990 8.00 6.00

Cuba bandingkan prestasi dana ASB dengan Kadar Dividen dan Bonus Tabung Haji. Yang mana satu lebih memberangsangkan?

Cara Kira Dividen Dan Bonus ASB

Dividen kepada setiap pemegang unit dikira berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Manakala pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh 10 tahun yang terdahulu.

Semoga info dividen dan bonus ASB di atas berguna buat rujukan/kajian para pembaca.

Baca juga:

4 comments

mselim3

mselim3

19 Disember, 2014 22:22
Assalammualaikum... MT,

Terima kasih.. perkongsian yang sangat2 dicari..

mselim3
Ikhwan Fahmi

Ikhwan Fahmi

21 Disember, 2014 02:13
dividen tahun 2014 menurun sikit
Unknown

Unknown

25 Jun, 2015 17:42
Knape dividen tak mcm dulu2 lg.. pada hal ekonomi negara blh di kata kan di tahap yang baik..
Ulasan ditutup