THiJARI: Semak Baki & Akaun Tabung Haji Secara Online

Lakukan urusan Tabung Haji secara online dengan THiJARI. THiJARI adalah sebuah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji (TH).

Ia merupakan platform online bagi perkhidmatan yang disediakan oleh TH seperti semakan baki, semakan transaksi, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan urusan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pendeposit Tabung Haji.

[Terkini] Mulai 22 Disember 2020, Rayuan Haji boleh dibuat menerusi THiJARI.

Dengan wujudnya kemudahan aplikasi online percuma THiJARI ini, urusan para pendeposit TH akan lebih pantas dan mudah.

THiJARI tabung haji

Selain THiJARI, semakan baki dan pindahan wang akaun Tabung Haji secara online juga boleh dilakukan melalui Maybank2u dan BIMB Online.

Cara Mendaftar THiJARI

Untuk mengakses perkhidmatan online yang ditawarkan THiJARI, pendeposit hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna. Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran THiJARI:

  1. Kemaskini nombor telefon bimbit di kaunter mana-mana cawangan Tabung Haji.

    Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit TH hendaklah memastikan nombor telefon bimbit adalah betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

  2. Pendaftaran boleh dibuat tanpa perlu hadir ke kaunter TH. Ia boleh dibuat secara online dengan melayari laman web THiJARI di pautan berikut:
  3. www.thijari.com.my

  4. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun Tabung Haji pendeposit.
  5. Seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
  6. Tekan butang Mohon TAC. Nombor TAC akan dihantar ke telefon yang telah anda daftar. Masukkan TAC yang diterima.
  7. Kemudian masukkan maklumat peribadi seperti diminta - ID pengguna, kata laluan, nama pengguna dan negeri semasa
  8. Pilih gambar keselamatan, tick terima terma & syarat dan tekan butang Hantar.
  9. Sebaik selesai dan pendaftaran berjaya, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Senarai Perkhidmatan THiJARI

Apa yang anda boleh lakukan menggunakan THiJARI? Berikut adalah senarai perkhidmatan online yang ditawarkan dalam sistem THiJARI:

Urusan Simpanan dan Pengeluaran

  • Semakan ringkasan dan butiran akaun
  • Semakan rekod transaksi dan baki akaun
  • Melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga)
  • Kemaskini profil
  • Muat turun dan cetak Penyata Akaun
  • Penetapan akaun kegemaran (favourite account).

Urusan Haji

  • Semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji
  • Semakan status tawaran Haji dan memuat turun surat tawaran Haji
  • Semakan dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik
  • Semakan lokasi dan tarikh kursus serta memuat turun nota Kursus Asas Haji
  • Rayuan Haji

Kelab Taha/Taha@U

  • Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U
  • Semakan status pendaftaran dan E-kad keahlian kelab
  • Semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U

Untuk maklumat lanjut mengenai THiJARI, pendeposit boleh mengunjungi mana-mana cawangan Tabung Haji yang berhampiran atau menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Semoga perkongsian info mengenai platform THiJARI bermanfaat buat para pendeposit Tabung Haji.

Sumber: Laman web Tabung Haji