Maharaja Lawak Mega 2021 Live Streaming Dan Video Full Episode

Tonton video Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) live streaming dan full episode secara online. Gelanggang komedi Maharaja Lawak Mega kembali di tahun 2021 dengan tagline "'Aura Baharu, Lawak Terpadu" dan tampil dengan gandingan barisan pelawak veteren dan pelawak baharu.

Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 menggabungkan 11 kumpulan lawak terbaik Malaysia untuk sama-sama bertanding bagi merebut gelaran Juara MLM 2021. Barisan peserta ini perlu membuat persembahan komedi berdasarkan tema mingguan yang diberi.

Live Stream Maharaja Lawak Mega 2021

Siaran MLM 2021 untuk minggu ini distrim secara live dan HD menerusi Youtube di pautan berikut:

[LIVE] Maharaja Lawak Mega 2021 Live Minggu Akhir

Maharaja Lawak Mega 2021 MLM

Senarai Video Dan Keputusan Mingguan Maharaja Lawak Mega 2021

Senarai video persembahan setiap peserta dan keputusan siapa tersingkir bagi setiap episod program komedi MLM 2021 akan dikemaskini secara mingguan. Link video minggu terbaru akan dikemaskini sebaik sahaja ia dimuat naik ke internet. Klik pada link untuk menonton video secara online. Sila refresh page untuk senarai video terkini.

Berikut adalah pautan video bagi setiap persembahan dan keputusan Maharaja Lawak Mega 2021 setakat minggu 10 (Akhir):

Minggu Video PersembahanPenyingkiran
Minggu 1 Persembahan penuh Tiada penyingkiran
Minggu 2 BORO, BAHYE, CAWAN Kumpulan ORI
Minggu 3 3OTAK, BAHYE, TAICI, CAWAN, OTAI, R&R, TIRO, TOBAT, BORO, PUTEH Kumpulan R&R
Minggu 4 3OTAK, CAWAN, BAHYE, OTAI, TOBAT, TIRO, PUTEH, TAICI, BORO Kumpulan 3OTAK
Minggu 5 BAHYE, TOBAT, TIRO, OTAI, TAICI, PUTEH, BORO, CAWAN Kumpulan TAICI
Minggu 6 TOBAT, OTAI, TIRO, BAHYE, BORO, PUTEH, CAWAN Tiada penyingkiran
Minggu 7 BAHYE, CAWAN, TIRO, TOBAT, OTAI, PUTEH, BORO Kumpulan CAWAN
Minggu 8
(Suku Akhir)
BORO, OTAI, BAHYE, TIRO, TOBAT, PUTEH Tiada penyingkiran
Minggu 9
(Separuh Akhir)
PUTEH, BORO, TIRO, BAHYE, TOBAT Kumpulan OTAI
Minggu 10
(Akhir)
TOBAT, PUTEH, TIRO, BORO, BAHYE Juara: Kumpulan TIRO

Barisan Peserta Maharaja Lawak Mega 2021

Berikut adalah senarai nama kumpulan serta nama anggota yang bertanding dalam MLM musim ini:

  1. Kumpulan BAHYE (Zahid AF, Nizam Jentik Jentik, Shashic)
  2. Kumpulan BORO (Achey, Atu, Fad)
  3. Kumpulan 3OTAK (Chi Ho, Farid, Prakash)
  4. Kumpulan ORI (Achok Chilok, Yassin Senario, Abu Mamu)
  5. Kumpulan CAWAN (Aliff Yasraf, Wan Gegau, Che Mat Raja Lawak)
  6. Kumpulan OTAI (Azlee Senario, Ieda Moin, Acong)
  7. Kumpulan PUTEH (Mamak, Vicha, Ali Mercik)
  8. Kumpulan R&R (Man Posmen, Rahim Sepahtu)
  9. Kumpulan TAICI (Chiwan Chilok, Tapai Kiut, Ilham Abata)
  10. Kumpulan TIRO (Sharif Zero, Syaiful Zero, Danial Zaini)
  11. Kumpulan TOBAT (Shuk Sahar, Bell Ngasri, Ropie)

Datuk AC Mizal masih kekal sebagai hos MLM kali ini. Maharaja Lawak Mega 2021 akan diadili oleh 4 orang Juri Tetap (Dato' Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh dan Uqasha Senrose) dan seoarang Juri Misteri (Sang Bara).

MLM 2021 akan bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya. Program ini boleh ditonton secara live pada setiap malam Jumaat jam 9:00 malam menerusi Astro Warna HD (saluran 107), Astro On Demand dan live streaming menerusi Astro Go.

Sila bookmark page Maharaja Lawak Mega 2021 full episode ini untuk rujukan anda.

Penafian: Pihak malaysiatercinta.com tidak memuat naik atau memiliki video-video di atas. Kami hanya membuat pautan ke atas video-video yang sedia ada samada di Youtube, Dailymotion, Facebook atau Astro Gempak.