Semakan Status Dan Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Semakan status, tarikh pembayaran, jumlah serta kaedah agihan Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat miskin tegar, kumpulan B40 dan M40 akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan jangkaan tarikh bila dapat duit BKC.

Syarat Kelayakan BKC

Mereka yang layak menerima Bantuan Khas COVID-19 adalah Warganegara Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan Miskin Tegar, B40 dan M40. BKC dipecahkan kepada tiga kategori penerima iaitu isi rumah, warga emas sebatang kara (WE) dan individu bujang.

Permohonan Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Anda tidak perlu membuat sebarang permohonan. Semakan kelayakan BKC akan dibuat melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM sedia ada. Pengesahan golongan Miskin Tegar dan B40 akan dibuat berdasarkan data permohonan BPR 2021, manakala pengesahan M40 akan dibuat berdasarkan rekod percukaian LHDNM.

Kategori M40 yang layak mendapat bayaran BKC ialah mereka yang berpendapatan bulanan RM5,001 - RM9,000 untuk isi rumah dan RM2,501 - RM5,000 untuk individu bujang.

Tarikh Dan Amaun Bayaran Bantuan Khas COVID-19

Jadual dari Lembaga Hasil Dalam Negeri di bawah memperincikan kategori pendapatan, klasifikasi penerima, amaun pembayaran dan tarikh pembayaran Bantuan Khas COVID-19.

Pembayaran akan dibuat dalam tiga fasa. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

  • Fasa Satu - September 2021
  • Fasa Dua - November 2021
  • Fasa Tiga - Disember 2021

[Terkini] Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 akan dikreditkan secara berperingkat bermula 6 September 2021 bagi penerima B40 dan 9 September 2021 bagi penerima M40 - Menteri Kewangan.

Tarikh Dan Amaun Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Kaedah Pembayaran BKC

Kaedah pembayaran BKC adalah seperti berikut:

  • Bagi kategori Miskin Tegar dan B40, bayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
  • Bagi kategori M40, bayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.

Bagi yang tiada akaun bank, penunaian di kaunter BSN boleh dibuat mulai 6 September 2021.

Semakan Status BKC

Semakan status Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuka mulai 6 September 2021. Semakan boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi BKC di pautan berikut:

https://bkc.hasil.gov.my

Untuk maklumat terperinci mengenai pembayaran BKC, sila layari soalan lazim pembayaran BKC di sini.

Semoga info Bantuan Khas COVID-19 (BKC) in berguna untuk para pembaca.