Semakan Tawaran Dan Rayuan Tingkatan Enam 2021

Semakan Tingkatan 6 2021. Semakan keputusan tawaran kemasukan murid ke Tingkatan Enam Semester 1 2021 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Semakan boleh dibuat secara online.

Semakan Tawaran Tingkatan 6 Tahun 2021 Secara Online

Tawaran kemasukan ke Form 6 bagi sesi tahun 2021 boleh disemak mulai tarikh 24 Jun 2021 jam 12.00 tengahari.

Semakan online boleh dibuat melalui portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di pautan berikut:

https://sst6.moe.gov.my

Maklumat Kemasukan Tingkatan 6 2021

  • Semua pelajar yang berjaya akan diberikan surat tawaran secara dalam talian.
  • Semua pelajar yang berjaya ditawarkan Tingkatan 6 akan melapor diri secara atas talian melalui Modul Pendaftaran Murid Ke Tingkatan 6 mulai 24 Jun 2021.
  • Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan bermula pada 29 Jun 2021.

Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Enam

Calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan. Tarikh rayuan akan dikemaskini sebaik sahaja ia diumumkan.

Borang Rayuan Kemasukan ke Tingkatan Enam (T6BRU) serta panduan mengisi borang boleh dimuat turun di sini.

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6

Tarikh semakan keputusan permohonan e-rayuan akan dikemaskini bila ia diumumkan nanti. Semakan keputusan rayuan kemasukan murid ke Tingkatan 6 boleh di buat di pautan berikut:

https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuanT6/

Semoga berjaya dan good luck!